Save the date

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, September 14, 2011

TIPS FOR INTERVIEW...


~ aku bukan lah insan yang hebat untuk memberi tips..juga bukan seorang yang terlalu bagus untuk menasihati..tapi tidak salah rasenya untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang lain agar kalian sume berjaya..amin..


Persediaan sebelum...

1-Banyakkan berdoa dan solat hajat
2- Mencari seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai company tersebut..
* Jangan malu untuk bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman,tanya je sesiapa yang dah bekerjaya dan dpatkan tips. (kredit to : staf PTDI + my family + kwn2)
3 - Mencari seberapa banyak maklumat mengenai isu semasa,isu terdahulu, isu dunia, daripada bahan bacaan yang ilmiah sehingga lah yang light reading pun kene baca jugak.
4- Menyediakan sebanyak mungkin skema soalan dan jawapan yang selalu ditanya
5- Cara penyusunan sijil dalam fail clear holder hendaklah disusun mengikut yang terkini dan terhebat kemudian diikuti dengan yang lame-lame..tapi kelulusan terkini n lame letak di hadapan..
6- Pemakaian hendaklah kemas,memakai kasut yang berseuaian dan memakai baju yang paling selesa dipakai * jangan pakai baju yang baru dibeli tapi pakai baju yang selalu dipakai dan selesa dipakai..
7- Pergi ke lokasi interview sehari sebelum interview dan tengok persekitarannya.

Persediaan semasa NAK PEGI...

1-Revised balik soalan-soalan skema yang telah disediakan
2- Pastikan semua dokumen (sijil + resume + gambar extra + lain-lain yang berkaitan) ada pada anda.
3 - Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskn perlahan-lahan
4 - Jangan terlalu nervous..coolkan diri..redhakan apa yang berlaku..
5- Banyakkan baca "Rabbi yassir walatuasir" (semoga tuhan permudahkan segalanya)

Persediaan sewaktu...

1- Masuk dengan GREETING, muka SENYUM dan sentiasa tersenyum dengan apa jua keadaan.
2-Posisi duduk hendaklah tegak dan rilex tetapi tidak bersandar
3- sewaktu menjawab soalan,gerakan tangan + menjawab dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH...walaupun anda tidak tahu apa nak dijawab,berusaha untuk jawab dengan mempromote diri + tunjukkan anda mempunyai satu misi dan sangat PASSIONATE dengan kerja tersebut
4- Jawab sepositif mungkin walaupun interviewer cuba nak downkan anda.
5- Kalau interviewer tanya ade ape-ape soalan..tanya je yang pasti jangan mengarut.
6- Don't forget to say THANK YOU

Persediaan selepas...

1- Banyakkan berdoa
2- Sentiasa bersedia dengan telefon & check email * email hendaklah yang official dengan menggunakan nama account atas nama sendiri, guna SELAIN yahoo + hotmail
3 - Seandainya anda dapat, tapi perlukan masa untuk menangguhkan mintak izin dengan cara yang baik.
4 - Persediaan untuk ke tempat kerja, cari ape tugasan yang akan diberikan.
5-Seandainya kurang bernasib baik..jadikan sebagai satu pengajaran,redha dan teruskan usaha..mungkin disitu terletaknya rezeki anda.

p/s : Tips ini adalah dari pengalaman interview yang pertama.Alhamdulilah segalanya dipermudahkan dengan sekali interview. * Biar apa pun interview dan kerja yang ditawarkan,jangan terlalu MEMILIH...bagi rakan-rakan yang baru grad... bina tapak dalam industry biarpun ia bermula dengan gaji yang kecil dan bukan mengikut kelayakan sebenar...tapi ambil pengalaman sebanyak mungkin,pelajari dari bawah lebih baik agar anda menghargai orang bawahan apabila anda berada di pangkat yang tinggi. Sentiasa rapatkan diri pada tuhan kerana DIA maha tahu ape yang terbaik untuk anda.

 ~ SEMOGA BERJAYA!!

Saturday, September 3, 2011

Impianku...

Lagi 12 hari je nak genap umur 23 tahun...cepatnya masa berlalu..masih lagi teringat impian aku sewaktu umor 15 tahun..impian aku umur 23 ni : -
           1) Belajar   : done
           2) Kerja        : done
           3) Kereta  : done
           4) ROI            : done
           5) Kahwin  : ?
Alhamdulilah..sume dah terlaksana..yg ke 5 tu je belum..tak semudah yang disangka..tapi.. batang hidung calon pun tak nampak lagi.. mcm mane nk langkah seterusnya..huhu..sedihnya..Memang la jodoh tu ditangan tuhan..tapi kte mencari...bile dah cari tak de yang sudi pulak..Memang la orang kate usia muda lagi untuk melangkah ke alam perkahwinan....tapi..kita tak akan tahu apa yang akan berlaku lepas ni, bukan tergesa2 dan bukan tertangguh2...tapi demi masa depan..bila tengok parent susah hati anak die belum kawin lagi secara automatik hati pun sedih sebab diorang risau... bile tengok parent gembira melayan cucu.... teringin nak mereka gembira..tapi apakan daya..walau perigi mencari timba sekali pun andai belum mendapat keizinanNYA... kesabaranlah yang perlu ada dalam diri.... bukan desperate, bukan sambil lewa, bukannya bermaksud dah cukup ilmu rumahtangga, bukannya diri terlalu sempurna...tapi memang excited pun...cepat la muncul wahai jodohku..jgn biarkan aku terus menantimu...hehe