Save the date

Daisypath Wedding tickers

Saturday, August 28, 2010

"JODOH"

Lagi satu artikel yang aku berminat,membacanya dari facebook..ada benarnya..thanx pada sape yang sebarkan ni..benar2 menyentuh hati..


Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi."


Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk



membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Friday, August 27, 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

aku tertarik dengan article nie..baru lah ku faham dan sedar sebenarnya apa yang berlaku memang ade hikmahnya..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Saturday, August 21, 2010

Janji Kekasih...

Slot zehra di tv3- Janji kekasih..benar-benar buat aku tersentuh...kalo betul-betul dalami,hayati cerita tu...memang akan mengugat jiwa..boleh kata setiap episod hati kecil ini akan tersentuh...entah kenapa, aku cari2 jugak apa sebabnya mungkin dari pelbagai aspek seakan-akan sama dengan kehidupan remaja masa kini.. cerita mcm nie la yang patut ditonton oleh remaja2, mungkin akan timbulkan kesedaran dalam diri masing2 tapi terpulang jugak pada individu...erm..janji kekasih yang mane harus kte pegang? DIA atau dia? sama2 kite fikirkan..kalo dia mampu bimbing kite kearah yang lebih baik alhamdulilah...tapi jika sebaliknya fikirkanlah...tapi DIA setia bersama kite,kite je yang tak hargainya..so syg la DIA sepenuh hati barulah diikuti yang selayaknya...:)

Friday, August 20, 2010

haRi ke 10 ramadhan...

Alhamdulilah...rasa ramadhan kali ni sangat pantas berlalu mungkin kerana banyak sangat tugasan yang perlu diselesaikan..tapi nampaknya harapan ramadhan kali ni memang tak seperti yang aku harapkan..sangat mengecewakan..aku betul-betul tak de mood and tak bersemangat..ditambah pulak dengan pelbagai perkara yang berlaku benar-benar buat aku perlukan DIA...harap-harap hari seterusnya memberi sinar baru untuk aku..amin..

Monday, August 16, 2010

Perginya sepupuku...Al-fatihah

Hari semalam dapat berita sepupuku,ika dimasukkan ke wad kerana sakit usus..hari ini dan detik ini aku dapat calling dr my mom yg mengatakan ika dah pergi..biarpun aku tak rapat sangat dengannya..tapi die sorang yang sangat baik,pendiam,pemalu..sedih..perginya di usia muda,belum pun sempat mengambil spm...dia dah pergi..tuhan lebih sayangkannya lebih dari sesiapa..aku tak tahu kenapa aku sangat sedih,mungkin sgt terkejut dengan berita kepergiannya,peginya secara mengejut mungkin selama ini die hadapi sakitnya sorang2 tanpa beritahu sesiapa sehingga ke saat terakhir..menurut cerita my mom..dulu time dia kecik2 dia alami usus berpintal2..alhamdulilah tuhan bagi dia peluang untuk melihat dunia,tuhan panjangkan umurnya...mungkin dah terlalu lama bertahan,ususnya telah rosak walaupun doktor telah cuba berbagai cara dengan mencantumkan usus kecik dan besar...tapi semuanya tidak berjaya,mungkin sudah suratan takdir dia pergi dulu dari semua..usia bukan penentu ajal maut kte, kite kene bersiap sedia dari skrg untuk memnuhi bekalan akhirat nanti....orang yang baik,perginya pun dengan cara baik...hanya yang tinggal kenangan dari hari2 lalu bertemunya, senyum tawanya masih jelas difikiranku...tuhan,kuatkan semangat keluarganya agar tabah menghadapi dugaanMu..raya tahun ini tentu muram dengan kepergiannya..sampai disni je coretan aku sbb aku sudah sgt sedih...jika tuhan ingin mencabut nyawa seseorg tidak mengira waktu,bersiap sedialah kita dari sekarang...Al-fatihah untuk ika..:((

Friday, August 13, 2010

pantasnya masa berlalu..

Salam...cepatnya la masa berlalu sekarang nie kan...pejam celik pejam celik dah ari jumaat...sekarang nie aku mengarang di  kelas A & I...orang sibuk tengah present aku sibuk la mencantikkan blog + menambah entry-entry baru..Abstracting and Indexing...seronok blaja ngan lecturer nie..suke dengar die speaking,really make me feel interested to speaking in english too..erm...sebenarnya aku tersangat risau nie,sem ni aku terlalu banyak main + x serius..bile aku nak bersungguh2 nie..knape tak de kesedaran lagi...adeh..cpt le bersemangat...aku tau ape faktornya...dahla tu..biarkan je..erm..kata-kata lecturer aku LIBRARIAN not just do the work cataloguing but they also a EDUCATION TRAINING

Wednesday, August 11, 2010

HaraPan Ramadhan

Hari ni dah bermula lah bulan ramadhan...banyak azam aku untuk ramadhan kali ni..n aku harap sangat akan berjaya...aku dah doa kat sane..harapan aku sangat tinggi..moga-moga ramadhan kali ni bagi sinar baru untuk aku n semua..biarpun aku tahu kerja banyak kene buat tapi aku harap tu bukan sesuatu yg akan melunturkan semangat aku..dan bermula bulan ramdhan ni la klas aku akan memulakan operasi mencari duit tambhan untuk digunakan bagi menambah ketidakcukupan duit untuk wat program subjek pr n planning sbb baudget yang dibagi adalah ckit..aku sangat berharap..moga tuhan kabulkan harapan aku..

Monday, August 9, 2010

Minggu yang pening..

rabu nanti puasa, selasa ade presentation...rabu ade kuiz,khamis adepresentation lagi,jumaat kene siapkan exercise..banyak keje..sangat membimbingkan...hope everything will be done smoothly..:(

Research at Melaka

Salam...hujung minggu lepas telah dihabiskan untuk membuat research berkenaa dengan cara memproses ayam...research ni untuk melengkapkan subjek multimedia individu...aku g ngan roomate aku sebab tumpang tido dirumah dia..Miza pun wat research jugak..tapi berbeza dengan aku...dia buat tentang tapai dengan bahulu..so..ari sabtu kteorg smapi melaka,kul 2 tu jugak g umah mak cik yg buat tapai...sebelum pergi tu aku ade jugak dengar yang tapai ni ade pantang larang...memang btul..tapai ni meragam bile kte nak tengok cara buatannya..sbb tapai nie pemalu kot..die kene buat kat tempat-tempat tersorok...tapi disebabkan kteorg nak blaja untuk wat multimedia..so,terpaksa la jugak...maka..tapai kteorg tidaklah sesedap yang mak cik tu buat...pastu pukul 4 ptg kteorg g tengok cara membuat bahulu pulak...wah...aku tak pernah dengar yang bahulu ni pun ade pantang larang..acuan kene btul-btul panas,n tak boleh kaco doh tu...baru la aku tau yang kuih-kuih tradisional ni cerewet rupenya...banyak pantang larang,patut la tak ramai yang sanggup buat...
Keesokkannya barulah aku mulakan tugasan aku dengan pergi ke kedai proses ayam..wah..banyaknya ayam dia..so,aku rakam la dari awal ayam tu disembelih smpailah ke tangan pengguna..memang terbaiklah bila baju n tudung-tudungku habis dibasahi dengan percikkan darah ayam..tak pe la..untuk belaja..petang tu jugak aku n miza balik ke kampus..hujung minggu yang sangat memenatkan...tapi fun dengan keje-keje..so dikesempatan nie..aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada miza dan keluarganya kerana sudi menumpangkan aku tido dan banyak membantu...sangat-sangat terharu...tuhan sahaja yang mampu membalasnya...amin..:)

Sunday, August 1, 2010

Nie La manusia...

adoi...malam yang damai telah dirosakkan oleh kamu!!...sakitnya hati....kalo rase nak tlg,tolong la btul2,if x nak tlg x pe..ckp x boleh tlg!! ko x yah nak gune macam2 taktik supaya akhirnya aku faham yg ko x nak tolong.. panas hati btul la..nie la manusia..kedekut sgt..boleh bawak smpai mati ke ha bnde tu?kalo boleh silakan..aku alu2 kan lagi..dulu time dip aku dah dapat kawan yang serupa bukan mcm kawan..hal kecik pun x nak tolong.. pastu aku sakit ati everytng yg ko nak aku tolong,aku x nak tolong lagi...nie sekarang degree aku kene lagi tp kali nie lagi best kot pada die..berbunga2 berbelit2..kalo tak nak bagi cakap je ok! aku boleh cari kat org lain or aku usaha cr sendiri..tapi..disebabkan aku pnah baca ~cara utk membalas KEJAHATAN sesorg pd kita adalah dgn BERBUAT BAIK kpadanya ~ so..aku try la utk berubah agar menjadi seperti itu walaupun dah langgar prinsip hidup aku dan memng sgt melukakan hati...tapi aku percaya kenapa tuhan buat aku macam nie..so, aku kene berthn dan bersabar untuk tahu ape kesudahannya...kepada mereka2 yg aku ckp kan nie..hehe..korang bkn taw pun sape yg aku ckp nie kan..tapi sape yg rase die mcm kedekut skit hal2 ilmu ngan aku..fhm2 sendiri sudah...adoi la hati..sakitnya kalo sume org nie mcm korang berdua..rase cam nak sound + lempang laju2 je..tapi..just be pro n wait ape tuhan nak balas kat mereka..ckp la ape kamu nak cakap skali pun..tuhan lebih tau apa yang berlaku...so..pengajaran dari entry aku ari nie..hal2 ilmu x yah kedekut sgt, pastu x yah berbunga sgt kalo ko rase ko x nak tolong aku..anyway..thanx a lot la ye kpd 2 hamba Allah nie yg sudi jadi kawan yang sungguh mengecewakan...semoga kamu berdua berubah...aminnn..