Save the date

Daisypath Wedding tickers

Saturday, June 19, 2010

MeMoHon KemaAfan...

Hari ni hari terakhir di Malaysia...Banyak perkara perlu diselesaikan..perkara pertama rasanya adalah memohon kemaafan dari semua orang..mintak halalkan makan dan minum..selaku seorang manusia..aku rase tak lari dari kesilapan dan kesalahan..jadi..dikesempatan ni..aku nak mohon maaf seandainya ade terkasar bahasa, n sume la..bnyk smpai tak terluah..ape pun..aku mintak maaf k..halalkan makan minum..tangan yang memaafkan itu lebih baik dari yang meminta maaf...biarpun pemergianku mungkin tidak lama..tapi aku harap dapat merubah segalanya..sekiranya aku terleka..ingat-ingatkan la..bukanlah kita patut saling ingat mengingati sesama sendiri.. to all my frenz..luv u all..muahhhh...:)

Tuesday, June 15, 2010

KemAs dan DikemAs..

Tinggal beberapa hari shaja lagi untuk aku pergi...takut,gementar,seronok, tak sabar, dah simpan air mata berbaldi-baldi...nak ngadu kat dia sape wat aku sedih...huhu..erm...so setiap hari aku mengemas takut ade yang tertinggal..sedang2 asyik mengemas..ternampak pulak...dak kecik ni masuk dalam beg...adeh...terbahak2 aku ketawa..sempat pulak dia masuk siap baring2 dengan bahagianya..hehe...jap lagi sedang asyik mengemas..nampak pulak buku kecik yang ayah aku tuliskan waktu aku umo 6 thn..hehe..selak punya selak buku tu ternampak sesuatu...adeh..ni ke tulisan aku dulu..so funny..tapi mak aku tak bagi buang sebab kenangan..punya la lame..dah lebih 1o tahun bende tu aku boleh tak perasan...nah..korang tengok le bende ni..


Trend masa kini..

 Semalam..terbaca entry sahabatku khadijah...tetapi bukanlah berkenaan dengan hadis ini....secara tetiba teringat akan zaman sekolah dahulu pernah terdengar tazkirah dari kawan-kawan dan ustaz berkenaan dengan hadis dibawah..Rasenya memang trend masa kini..Pada aku..trend2 jugak tapi tuntutan tetap no.1, tak salah nak ikut trend tapi kita kene olahkan dia supaya sesuai dengan tuntutan syarak..sekarang pun orang memakai tudung hanya berkonsepkan untuk menutup rambut..Ya...memang rambut itu aurat.. tapi sedarkah kita yang tujuan memakai tudung itu bukan sahaja menutup rambut? PERLU MENUTUP LEHER, PERLU MENUTUP DADA..untuk apa ditayangkan kepada semua..sedangkan itu mahkota yang perlu dipelihara, mahkota bukan sahaja terletak pada rambutnya tetapi sume yang ade pada dirinya..maruahnya,tutur bicaranya..malahan sekarang ni ada trend memakai tudung dan terdapat bonjolan dikepalanya seperti unta..untuk apakah itu semua? cantik kah? ya..mungkin ada setengah orang yang mengatakan cantik..tapi kita kene berbalik pada tuntutan..tuhan adakan sume tuntutan dan hukum2 ini semuanya ada sebab disebaliknya, sama ada sebab diketahui ataupun tidak diketahui..tapi itukan soal agama..kenapa perlu memepertikaikan..kenapa susah sangat nak ikut?duhai manusia akhir zaman..aku sendiri semakin takut...aku bukan la seorang yang bagus sangat, kadang2 terleka jugak dengan kehidupan sekarang dan trend sekarang..tapi tak salah rasenya untuk kita berkongsi...bukankah nabi kita ada berpesan smpaikanlah daripadanya walaupun satu ayat...dibawah ni..hadis berkenaan bonggolan unta dikepala seorang wanita..Renung2 kan..

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223)


* trend untuk menunjukkan bonggolan unta dikepala seorang wanita semakin menjadi-jadi sekarang ni..kawan2 jangan buat ye..sebab sgt takut bende nie samakin menjadi-jadi, maka rasa terpanggil untuk share potongan hadith yang pernah saya dengar sewaktu zaman sekolah nie buat renungan kawan2..sebar-sebar kan ye..

* thanx to khadijah mutalib sbb tolong carikan potongan hadith ni..

Monday, June 14, 2010

imBas KembaLi zaMan Sek...

Zaman2 sekolah memang menyeronokkan..kalo boleh nak je aku putar balik masa ke zaman sek..zaman nakal2 dulu..zaman buli dan dibuli...zaman dirotan..hehe..sume tu mendewasakan kite...kalo tak kite tak kan jadi manusia yang berguna,xkan tau rase seksa dibuli,xkan tau knape perlu dirotan,mane salah n mane betulnya... tu lah zaman sek..biarpun dulu rase zaman sekolah la yang menyeksakan..tp sbnrnya..best sgt2..kan2 yang tinggal diasrama...sbnrnya aku tengah kemas2 tadi..tetiba ternampak ada satu fail..aku bukak le tengok2 dalam tu ade sume wish ngan lagu2 yang didedicate oleh kawan2,junior2 n senior2...klakar pun ade terharu pun ade... dr skecik2 wish aku simpan cth sampul gula2 lolipop,sampul gula getah sampai la ke sebesar kertas kajang... maklumlah..orang tinggal di asrama,mane boleh bawak radio..so sape yang dapat dengar tu..diorang dedicatekan lirik tu..kadang2 bagi sbb ade maksud tersirat...erm...aku pun tak sangka yang aku ade simpan bende2 tu sume..tapi aku akan simpan...simpan sampai bila2..sume tu kenangan yang tak boleh dihapuskan... kepada kekawan SMKAS ku sume...terima kasih banyak2 sebab bagi wish + lirik lagu + jajan2... sorry if aku x balas wish tu...sbb dulu aku tak kreaif macam korang..so aku simpan la ape yang korang bagi sebagai kenangan....really2 thanx...luv u all..:)
            

Friday, June 11, 2010

sGaLanya terbukti...

Hari semlam result untuk student UiTM keluar..dari pagi aku cube untuk menembusi line tu...tapi tak lepas jugak..sampai la pagi tadi kawan aku btau dah boleh bukak..dengan terkulat-kulat aku bangun..mata pun tak dapat bukak sepenuhnya,tapi rasa ingin tahu akan keputusan ku membuatkan aku pantas membukanya... untuk menunggu keputusan kali ini aku seakan2 tidak terlalu berdebar,mungkin tidak mahu kecewa dengan apa yang aku lihat nanti,tapi aku sangat menaruh harapan untuk kali ini..tapi nasib tidak menyebelahi..keputusanku same tidak berubah seperti sem sebelumnya...tidak mengapalah..tuhan dah tentukan ape yang sepatutnya kite dapat,apa yang sepadan dengan usaha kita,mungkin aku kurang memintanya,mungkin aku belum cukup berusaha,mungkin aku belum bnyak bersyukur padanya,mungkin aku kurang beribadat padanya,mungkin aku kurang bertawakal padanya,terlalu sibuk dengan kehidupan dunia dengan kehidupan anak-anak muda sentiasa inginkan hiburan...

Tapi tak mengapalah...aku perlu bersyukur dengan apa yang tuhan dah bagi,semuanya kehendakNYA.. apa yang aku maksudkan segalanya terbukti adalah...aku mampu berusaha sendiri maksudnya tidak lagi seperti sebelum ni, ada seorang pembakar semangat,ade orang tolong marah,tolong pujuk, tolong aku bina harapan... sume tu tak de lagi,yang ade hanyalah ahli keluargaku, kawan-kawanku sekelas n semua kekewan kat mane2 berada.. Korang fahamkan maksud aku siapa..seperti yang die cakap kat aku..hanya berada disamping aku sbb tak nak aku patah semangat,sbb tak nak aku putus asa,sebab tak nak aku kecewa...so untuk sem lpas aku dah bukti kan pada dia..even tak ade lelaki pun yang temani aku,aku still mampu berdiri, aku tak perlukan huluran kasih yang tidak ikhlas n bukan lah benar2 menyayangi ku.. mungkin bagi orang yang dah biasa hidup single mungkin akan berfikir bukan lah memberi kesan pun semua tu...tapi untuk orang yang bercouple mungkin akan berfikir mampukah aku teruskan kehidupan tanpa dia..so..aku dah buktikan, walaupun kita baru lepas putus cinta, atau baru lepas rase kecewa, sedih...ingatlah padanya,bangunlah dah berdirilah diatas kaki mu sndiri....biarpun jatuh tertiarap,tersungkur atau terduduk dan tiada huluran tangan untuk membantu, percayalah yang diri kita masih ade kekuatan yang diberi tuhan untuk bangun semula membina segalanya....wlaupun tidak lah cemerlang tapi bersyukurlah dengan yang terbaik, wlaupun tidak lah terbaik tetapi bersyukurlah dengan apa yang diperolehi...tuhan itu maha adil, tidak akan memberi dengan mudahnya kerana die mahu kte hargai ape yang kita perolehi selepas hasil dari usaha kita sendiri,usaha lebih tuhan bagi lebih...semua itu kerana tuhan maha menyayangi,maha mengasihani terhadap hambanya..jadi..yang berlalu biarkan berlalu..pandang kehadapan untuk kehidupan yang lebih maju...

p/s : Pada 'dia' yang baca entry ni..jangan padang orang sebelah mata, jangan ingat kita terlalu bergantung padanya, dan jangan menjatuhkan orang kalau tak nak dijatuhkan...

Wednesday, June 9, 2010

Eja- RELA

tak ubah berbunga lalang
rendahnya pandanganmu
padaku yang amat memerlukan

kegersangan sekeping hati
mengharapkan setitis embun
agar basah rindu ini

aku yang terbiar sejak mula lagi
puas ku merintih puas ku berduka

kuhanya mampu berserah
beserta doa harapan
ubahlah haluan hidup ini

reff:
demi cinta yang menyala
kurela menggengam bara api
demi kasih yang mengharum
sungguh aku rela
biar pun pada pandangan
seperti bunga yang layu terbuang
namun kau pasti tahu
semua kerna aku masih lagi
setia padamu
biarku menangis seumpama pengemis......

p/s: addicted gile kat lagu nie..try nak masukkan lagu tu kat blog ni tp x leh..masukkn lirik pun jadi le..huhu..

Monday, June 7, 2010

To All mY frenz..

Thanx atas pesanan korang sume..x sangka aku korang punya permintaan sama.."doakan cpt dapat jodoh"... Insyaallah akan aku doakan..aku dah catat pun dalam buku doa ni..tersenyum sendirian aku ari ni..korang ni btul2 x sabar eh nak naik pelamin..tak pe..aku suke n tumpang hepy untuk korang..sapa yang dah smpai masanya tu jangan la malu2 nak jemput aku,tak habis nasi minyak tu aku makan,just nak menempel kat gambar2 korang je nanti..hehe..apa2 pun sama-sama la kita saling mendoakan bukan je cepat dapat jodoh tapi dapat jodoh yang terbaik,yang boleh membimbing kite ke jalanNYA..jodoh yang kekal hingga ke akhir hayat.. bukan lagi hingga anak cucu..ingat tu kawan2..jangan doakan sampai anak cucu je,nanti dah dpt cucu bercerai pulak.. kita kene ingat yang setiap ape yang kita cakap adalah doa yang mungkin akan dimakbulkan oleh tuhan..so kesimpulannya berhati2 bile cakap..hehe..

Sunday, June 6, 2010

Aduhai Sang puteri..

Air jernih mengalir deras di pipi...Sang puteri mula mencari-cari mana silapnya,mana salahnya hinggakan itu boleh terjadi..Bukan mudah untuk sang puteri keluar dari istananya...tapi kenapa sekali ini walaupun sudah mendapat keizinan tetapi perkara itu tetap berlaku..mungkin sang maharaja dan maharani sangat risau akan keadaan tuan puteri,risau dengan keadaan sekarang,risau dengan apa yang berlaku pada zaman ini mungkin akan terjadi pada sang puteri yang masih baru mengenali dunia luar..masih baru?ketika berumur 22 tahun adakah itu dikatakan masih baru?kalau ya pun keadaan itu masih baru kenapa tidak sang maharaja membiarkan sang puteri mengenali erti kehidupan sebenar?...disaat sahabat-sahabat yang lain menikmati zaman remaja..sang puteri masih belum merasainya..sang puteri seaakan-akan mahu menjerit dan memberontak mahu sahaja melarikan diri jauh dari semua, pergi ke tempat lain dengan kehidupan biasa...tetapi hati kecilnya masih di istana,masih sayang meninggalkan tempat kelahirannya,masih mampu mempertahankan tempatnya..fikiran sang puteri buntu memikirkannya, perlukah melanggar perintah sang maharaja dan maharani? pernah sang puteri mengingkarinya demi menurut kemahuan hati,tapi terlalu banyak halangan dan perkara yang menimpanya..sang puteri tidak tahu sampai bila ia akan berakhir dan apa pula kesudahannya,benar-benar menyeksa hatinya..tetapi dia sudah tidak berdaya lagi,tak mampu lagi memikirkannya,tak mampu lagi mengingkarinya benar-benar serik tapi salahkah? kehidupan sang puteri yang mahukan seperti insan lain, mencari hala tujuan hidup sendiri, mencari kedamaian dihati, mencari kegembiraan yang diukir sendiri...

Saturday, June 5, 2010

HaRi iNi daLAm KenanGAn..


Erm...kenapa ari nie?nape x semlam ke kelmarin ke esok ke...sbb ari ni bnyk sgt yg berlaku btul2 menguji keimanan aku..mungkin slh aku or mmg dah nasib..ari nie dengan x semena2nya aku kuar ngan orang yang memang aku sgt2 tak sangka..btul2 buat aku mcm dlm mimpi...aku g melaka dengan beli tiket on the spot dr B.Pahat..trus ke Melaka.. Sesampai je,kteorg jejalan dulu then br decide nak g dataran pahlwan..tp be4 tu aku beli tiket nk balik segamat pd ari yg same..tiket cume ade pukul 3 n pukul 9.. kalo amik tiket kul 3 serupa la mcm x yah dtg..aku pun beli je yang kul 9 wlaupun mmg aku tau akan kene mrh..adoyaii tuan puteri..bkn slalu dpt kuar istana...erm..aku pendekkan cte.. aku n dia nek bas g dataran pahlawan..mmg sgt terbaik sbb selipar yg aku pkai tu mmg dah putus dr awl lg..tp aku wat x taw je..tetiba nk lintas jln..leh pulak........ (ape yg berlaku cume aku n die je taw)..huhu..x taw nak ckp ape,nasib bek die tlg aku..kalo tak memang aku tak menaip skrg nih..erm..aku tak rase sebenarnya bnde tu kelakar sbb sgt2 bahaya..tp aku x tau mcm mane bnde tu blh happen..bile pk2 balik mmg sgt geram ngan ape yg berlaku..tp let it go..wlaupun mood aku dah rosak dgn teruk tp x kan aku nak biarkan die mcm tu..so,kteorg tgk wayang cte "Lagenda Budak Setan"..citer tu best tp aku x suke cte yg bersmbung n sblh aku tu ade je yg duk jadi pengulas..membebel je,ikut le nak bebel..fikiran aku ke lain..mcm2 yg aku pk..ape pulak yg akan jd pasni.. really ke today is full with bad luck or gud luck..tak tau nak cakap which one..sbb time nak balik Melaka Central bas yg kteorg nek tu rosak..kenela menapak..tp aku x kesah sbb aku x amik peduli pun hal2 mcm tu..hehe..erm..pape pun kat cni aku nak ucapkan sangat2 terima kasih pada dia coz tlg aku + sudi jejalan sesama, seriusly tak pernah happen perkara2 mcm tu sepanjang umo aku nak2 time tgh jejalan berdua.. x taw nak ckp pe..x terkata aku..cume just want to say sorry to u sbb sshkan awk...huhu..pape pun yg happen,aku rase ari ni cukup wat aku epy sbb mmg tu hajat aku nak g jejalan + nak tgk wayang cte tu..Kalo 'dia' baca entry ni..hope tak serik lagi kuar ngan aku..hehe..

Friday, June 4, 2010

Menghitung hari...

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa ku nanti apa kan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari...



Salam...erm..saje je post lg ni kat cni..masa smakin hampir,aku smakin takut tapi aku perlu bawak diri jauh2 untuk cari ketenangan di hati...kepada yang masih tinggal di sini,doakan aku selamat,kepada yang baca enrty nie aku doakan korang sihat walafiat,bhagia dengan kehidupan masing2 n tabah untuk harungi segala cabaran...

Sebenarnya before aku nk bwk diri jauh2 aku nak gak rase lepak2 dengan kwn or someone that i trust.. just aku n dia...saje je wat hepy2..so aku ingat hujung minggu nie nak g ajak sesape jejalan memane...tp..tak de orang yg mcm sudi je..aku dah bagi hint pun same je..so nak tak nak aku kene ikut my family program..mlm ni blik kg, esok g kenduri kawen n esoknya lagi g kursus..hujung minggu next week,dah sure tak boleh merayap sebab ade kenduri kawen kat kg...n minggu lagi satu aku dah pergi..nampaknya kene tunggu sem depan la, tu pun kalo free n ade orang yang nak berjln same cam aku...huhu..masa semakin pantas berlalu...pejam celik umo dah mkin meningkat...adeh..watever la pun..tak larat dah nak pk lagi yang penting setiap detik and setiap apa yang kite lalui kite kene tabah,sabar, n redha dengan ape yang berlaku ye...Semoga hari2 korang n aku pun bertambah ceria..:)

Thursday, June 3, 2010

How to train your dragon...


Erm..aku,bukan lah seorang kaki wayang sebab kalau citer tu tak best memang time yang terbaik untuk aku tido..haha..cian sape yang aku teman tu..maaf bebanyak..so aku pun tak nak la ketinggalan dengan cerita2 yang kuar kat wayang,maka aku pun mendonload la movie2 yang menarik,wlaupun citer ni dah lame kuar wayang tapi tak pe la at least aku tgk...hehe..asalnya aku nak tengok citer shrek forever after tapi macam mane entah boleh how to train your dragon yang aku tgk dulu...citer ni best... banyak bagi pengajaran,cthnya.. kite tak kan kenal orang kalo kite tak dalami kehidupan die mcm mane,pastu sebelum bertindak kene siasat dulu kenapa die buat mcm tu, lagi...kalau ade sesapa dalam kesusahan tolong la dengan ikhlas,tak kira la die binatang ke manusia ke selagi kita boleh tolong kite tolong er..hari ni hari die esok luse hari kite..mcm yang dlm cite nih,seorang budak yang berjanji kat diri die tak nak bunuh dragon wlaupun dragon tu dtg menyerang sbb die taw ade cara lain nak lawan...jadi die pun berbaik2 dengan dragon yang dah patah sayap pastu tolong dragon tu..mcm tu la secara semulajadinya tuhan dah ciptakan kite hati untuk berbuat baik..kalo kite buat baik dengan orang orang akan tlg kite,mcm budak ni die tolong dragon tu so dragon tu tlg slamatkan die dari bahaya...binatang pun pndai takkan la manusia yang ade akal tak boleh fikir n bersifat kejam..wlaupun cite ni cume khayalan tapi cube korang aplikasikan dalam kehidupan seharian,ngan kucing ke...sure perkara yang sama akan berlaku..pape pun citer nih memang sedarkan kite yang kita tak boleh pentingkan diri sendiri sbb kat dunia ni tuhan jadikan macam2,sume tu mahluk tuhan kita tak boleh binasakan die melainkan kita memang dalam keadaan terdesak..so,wat ever cerita yang korang tgk make sure msg dari citer tu sampai n korang kene create sendiri ape pengajaran cerita tu kalo tak sia2 je sbb tgk cte nih bkn je utk suka2, release tension tp blh tambah ilmu pengetahuan n kmahiran kite taw..jadi pikir2 la bile menonton..

Wednesday, June 2, 2010

AlhamDuliLaH…

SeLepas mendapat berita yg 12 orang uskarelawan malaysia terselamat,aku sgt2 bersyukur..walaupun ade sukarelwan dr negara lain yang terkorban tp ade jugak yang selamat...yang pergi itu biarlah rohnya pergi dgn tenang demi berjuang menyelamatkan mangsa2 kejam israel..tinggal 1 hari 1/2 sahaja lagi kapal rachel corrie akan tiba..doa dipohon agar diselamatkan misi mereka..tuhan itu maha mengetahui niat baik hamba2nya.. maka selamatkan lah..selamatkan lah semua umat2 islam diseluruh dunia dari kekejaman israel..moga misi konvoi utk kapal rachel corrie n lelain selamat pergi dan selamat pulang..Amin...Marilah kte same2 doakan mereka dan selamatkan Gaza dari kekejaman isarel...Amin...