Save the date

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 15, 2012

Alhamdulilah....



Alhamdulilah...Allah itu sangat memahami...Dia tutupkan satu hati tapi Dia gerakkan satu lagi hati untuk melamar...benar janji Allah itu pasti.. tapi masih ada kesamaran dihati yang satu..masih tercari-cari penyelesaian masalah....tapi hati itu selalu meyakinkan...andai benar berjodoh..insyallah akan disatukan...amin...apa yang penting doaku tidak putus-putus...semangat juga sama.. perlu sentiasa ada..ape pun yang berlaku...peganglah pada satu...

" Selagi kamu masih bernafas...selagi itulah Allah mahu kita hidup dibuminya " (Dr.Robiah K.Hashim,2012)

Thursday, May 10, 2012

Petunjuk ~



Mungkinkah ia satu petunjuk yang sebenarnya Allah nak bagi pada aku? Tapi aku masih pura-pura untuk tidak nampak petunjuk itu atau aku sendiri mahu cari kecewa dihati? aku sendiri tidak pasti tapi seakan meredhakan apa yang berlaku..Seandainya ini satu petunjuk sila jauhkan hati aku dari kecewa lagi.. bukankah KAU sudah janji akan hikmah istikharah itu? Sila lah undur diri wahai empunya hati...Sila lah padam dia dari segenap hidupmu...Mungkin benar inilah petunjuk dari Illahi...Pergi lah pada yang sudi...usah mengharap pada yang tidak pasti..

Wednesday, May 9, 2012

(@_@)



Selamat Pagi...pagi yang cerah tapi hati seakan suram...



tibalah masanya peranan istikharah berfungsi...

(1) Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.  Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA.  Hikmahnya adalah TIADA RUGI..

(2) Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.

(3) Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.

Ape pun yang berlaku selepas ini biarlah segalanya menjadi professional dan tidak perlu merasa apa-apa kerana Allah sudah merancang sesuatu yang terbaik untuk hambanya...~ janji Allah itu pasti...

*Andai tidak didunia...biarlah diakhir nanti ~

Tuesday, May 8, 2012

Rintihan Hati ~



Berdoa dan terus berdoa...aku tidak mahu disakiti & dilukai lagi...Saat aku sudah bangkit masih juga terlihat kamu yang sangat
bahagia...maka kembali rebah semula...betapa tuhan ingin menguji 
hati..ingin hambanya merayu dan sentiasa dekat padaNYA....sehinggakan semua rasa sudah menjadi sangat pudar...air mata deras mengalir seperti hujan mencurah kebumi...bilakah agaknya hadir sang mentari...semakin hari semakin dilukai... bermacam cara dah aku usaha & lakukan...masih jua belum sembuh sehingga aku jatuh terduduk dan tersungkur dihadapanMu ya Rabb...aku sudah tidak berdaya lagi melewati hari-hari seperti ini...peganglah hatiku  Yang Maha Pengasih,Yang Maha Penyayang..Yang Maha Mengetahui sesungguhnya hanya padaMu aku merayu ~