Save the date

Daisypath Wedding tickers

Sunday, December 23, 2012

Bersediakah??



Saat melihat gambar kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga..
aku terfikir...bersedia kah aku?
terus teringat saat aku kecil..
mak ayah bangun seawal 5 pagi, memasak,kemas rumah,basuh baju,
sediakan sarapan kami..
bolehkah jadi seperti itu..bangun awal pagi.. siapkan segala kelengkapan..
mak aku seorang wanita bekerjaya maka segalanya perlu disiapkan sebelum pergi bekerja..
aku juga mahu seperti itu..wanita bekerjaya berkeluarga..tapi..
tertunaikah tanggungjawab sebagai seorang isteri??
makan pakai suami, rumah,anak2, belum cerita kalo duduk bersama mentua /ibu bapa..

kadang-kala rasa seperti belum bersedia... 
saat jam loceng  pukul 6.30pg pun aku masih boleh bermalasan..
saat sebelum pergi bekerja pun aku masih malas memasak untuk bawak bekal..
saat pulang bekerja..terus terbaring kepenatan masih tidak memasak & mengemas..
saat hujung minggu masih rasa sayang meninggalkan bantal & tilam busuk..
saat menyiapkan diri masih rasa malas untuk bersolek segala bagai..

termenung panjang memikirkan..
tapi masih terdetik dihati..mungkin belum sampai situasi sebenar wat pe nak susah2..
bukankah perlu bersedia dari sekarang?

apa pun..bila sampai masanya, tiada lagi soalan bersedia atau tidak..
andai mahu mencium bau syurga, 
jadilah isteri solehah, 
tunaikanlah tanggungjawab seorang isteri juga seorang anak..
biarpun sesusah mane,biarpun sepenat mana..
kerana andai mak & ayah mampu berkorban seperti itu..
kenapa tidak kita?ya..kita sama..manuasia,punya rasa penat & perasaan

terus dalam hati rasa bersyukur punya mereka seperti itu..
andai mereka tidak bekorban seperti itu..
entah aku jadi seperti manusia atau tidak..
entah aku mampu menggenggam ijazah & punya kerja
tapi.. rasa terima kasih pada mereka itu cuma sebesar zarah,
apatah lagi dengan wang ringgit.. 
mahu dibandingkan dengan segala pengorbanan mereka....
lantas aku berjanji berusaha membahagiakan mereka..
nama kalian disetiap doaku
itu sahaja yang aku mampu...
semoga kalian dalam perlindungan Allah... 
Doa untuk mereka adalah hadiah terbaik..tak kira mereka masih hidup @ tidak..
doa bekalan dunia dan akhirat..

Terima kasih mak & ayah..


Thursday, December 20, 2012

Closed case

Ok...tajuk entry macam tu sebab..nak closed case2 yang sedih medih...
sudah-sudahlah kisah pasal sedih....

semoga 2013...banyak cerita yang hepi-hepi ok...

tak sabar nak cerita-cerita hepi for 2013..

maka kene lah tunggu another 9 days untuk 2013.
hehe...
ok..keep smiling...

Friday, December 14, 2012

Pasrah - Redha - Berkorban

Akhirnya airmata jatuh deras mengalir ke pipi...aku perlu kuat,juga perlu pasrah,redha dan menyerah...
macam-macam yang berlaku saat ini..
semuanya datang dari semua segi...
Tuhan...aku perlukan kekuatan, baru ingin melangkah tapi dugaan datang tak putus-putus..
hanya Dia sahaja yang tahu apa hati kecil ini rasa..
senyuman masih terukir di bibir..

mampukah aku harunginya..
seakan tidak kuat..
Ya..sangat tidak kuat..
Innalilahiwainnalhirojiun..
 

Thursday, June 7, 2012

1 syarat yang merobek hati



Biarlah hanya aku dan dia sahaja yang tahu apa yang berlaku...luluh hatiku mendengar syarat itu...ada benarnya kata mereka..tapi bukannya aku tidak berusaha..bukannya aku tidak pernah mencuba...aku semakin lemah dan pasrah..mengalirkan airmata tiada berhenti....tidak kuat lagi..tidak upaya lagi...andai ada insan yang dia sayangi  tahu pasti kecil hati..aku sendiri keliru..hanya mampu merayu dan mengadu padanya....tapi kita jugak tidak tahu apa perancangan DIA...kali ini biarlah masa berlalu..biarlah semuanya berlalu biarpun dengan linangan airmata... ya..kualiti demi masa depan..tapi bukan semudah itu..punya kerjaya,harta dan rupa tapi entah kemana agamanya...entah kejalan mana dia bawaku pergi...cukuplah sekali dikhianati insan seperti itu...aku tidak mahu lagi..tapi tiada siapa yang tahu,hanya hati kecil sahaja yang tahu..oh lupa..dan dia insan yang sangat tabah,sangat kuat, tiada nada kekecewaan pun yang kedengaran..tapi aku sendiri tidak tahu disudut hati kecilnya itu...dari mana datangnya kekuatan seperti itu..aku seaakan-akan kagum...atau kamu terpaksa berpura-pura kuat demi aku...atau kamu sebenarnya memang mahu perkara seperti itu berlaku..aku sendiri tidak pasti..tidak tahu jawapan..aku tahu tiada gunanya berlinang airmata darah skalipun andai bukan itu yang tuhan takdirkan..aku berusaha untuk melupakan hakikat dan fitrah manusia..tapi sayangnya ketentuan Yang Maha Esa lagi berkuasa...apa perancangan yang terbaik yang DIA mahu berikan?aku hanya mampu bersabar dan perlu terus kuat hadapi segalanya..andai tidak didunia biarlah diakhirat nanti...walaupun aku belum bersedia kesana..tapi sekurang-kurangnya aku sedar akan kehidupan disana kelak...semoga tuhan makbulkan doa kita sayang...biarlah tidak bertemu secara realiti tapi kita bertemu doa pada illahi...andai kamulah jodohku,ku berharap segera disatu demi banyak keselamatan...jangan menangis lagi wahai hati ~

Tuesday, May 15, 2012

Alhamdulilah....



Alhamdulilah...Allah itu sangat memahami...Dia tutupkan satu hati tapi Dia gerakkan satu lagi hati untuk melamar...benar janji Allah itu pasti.. tapi masih ada kesamaran dihati yang satu..masih tercari-cari penyelesaian masalah....tapi hati itu selalu meyakinkan...andai benar berjodoh..insyallah akan disatukan...amin...apa yang penting doaku tidak putus-putus...semangat juga sama.. perlu sentiasa ada..ape pun yang berlaku...peganglah pada satu...

" Selagi kamu masih bernafas...selagi itulah Allah mahu kita hidup dibuminya " (Dr.Robiah K.Hashim,2012)

Thursday, May 10, 2012

Petunjuk ~



Mungkinkah ia satu petunjuk yang sebenarnya Allah nak bagi pada aku? Tapi aku masih pura-pura untuk tidak nampak petunjuk itu atau aku sendiri mahu cari kecewa dihati? aku sendiri tidak pasti tapi seakan meredhakan apa yang berlaku..Seandainya ini satu petunjuk sila jauhkan hati aku dari kecewa lagi.. bukankah KAU sudah janji akan hikmah istikharah itu? Sila lah undur diri wahai empunya hati...Sila lah padam dia dari segenap hidupmu...Mungkin benar inilah petunjuk dari Illahi...Pergi lah pada yang sudi...usah mengharap pada yang tidak pasti..

Wednesday, May 9, 2012

(@_@)



Selamat Pagi...pagi yang cerah tapi hati seakan suram...



tibalah masanya peranan istikharah berfungsi...

(1) Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.  Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA.  Hikmahnya adalah TIADA RUGI..

(2) Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.

(3) Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.

Ape pun yang berlaku selepas ini biarlah segalanya menjadi professional dan tidak perlu merasa apa-apa kerana Allah sudah merancang sesuatu yang terbaik untuk hambanya...~ janji Allah itu pasti...

*Andai tidak didunia...biarlah diakhir nanti ~

Tuesday, May 8, 2012

Rintihan Hati ~



Berdoa dan terus berdoa...aku tidak mahu disakiti & dilukai lagi...Saat aku sudah bangkit masih juga terlihat kamu yang sangat
bahagia...maka kembali rebah semula...betapa tuhan ingin menguji 
hati..ingin hambanya merayu dan sentiasa dekat padaNYA....sehinggakan semua rasa sudah menjadi sangat pudar...air mata deras mengalir seperti hujan mencurah kebumi...bilakah agaknya hadir sang mentari...semakin hari semakin dilukai... bermacam cara dah aku usaha & lakukan...masih jua belum sembuh sehingga aku jatuh terduduk dan tersungkur dihadapanMu ya Rabb...aku sudah tidak berdaya lagi melewati hari-hari seperti ini...peganglah hatiku  Yang Maha Pengasih,Yang Maha Penyayang..Yang Maha Mengetahui sesungguhnya hanya padaMu aku merayu ~

Sunday, February 12, 2012

Thursday, February 9, 2012

Entah bila dan sampai bila..

Aku sendiri tak faham apa yang berlaku...Entah kenapa dapat msg kat fb dari ex aku...aku boleh nangis tibe-tibe...kenapa kau wujud saat ini...saat aku sedang bersedih,saat aku sudah mampu melupakan kamu... walaupun msg tu utk ucapan takziah tapi aku tak nak engkau wujud lagi dalam hidup aku...tolong la.. aku belum temui kebahagiaan aku lagi...kamu yang dah temui kebahagiaan..silalah berbahagia..doakan aku pulak yang bahagia..hati aku sudah bersedia diserahkan pada orang lain...andai selepas itu kamu ingin berkawan semula.. aku redha tapi selepas aku temui kebahagiaan aku sendiri...semoga bulan 4 ni Allah hadirkan jodoh aku..dan aku terus menikah...amin,...aku tidak mahu kecewa lagi..

Friday, January 27, 2012

Keadaan makin serius ~

Tajuk entry macam serius sangat la..padahal ia berkisar tentang hati...Entah kenapa malam tadi boleh teringat peristiwa dulu...rasanya dah lame redhakan dia pergi bersama insan yang dia sayang..tapi mungkin cara kejam die buat aku teringat sampai sekarang...kamu mungkin sudah sangat bahagia..hanya aku sahaja yang berulam air mata...aduhai...