Save the date

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, November 30, 2011

KAMU!!

kamu...ye..kamu lah orangnya...pertama kali bertemu telah mematikan panahan mataku...selalunya sesiapa sahaja aku pasti akan lihat dari matanya..tapi tidak kamu...kamu buat aku tertunduk malu...ya...kamu memang ada rupa,ramai sekali gadis pasti terpikat pada kamu...setiap kali betemu pasti ada debaran dihati..tapi kamu sangat jauh untuk didekati,sangat sukar untuk dimengerti..oh...lupa...aku ni siapa la kan...pandang sebelah mata pun belum tentu kamu mahu lihat...

kamu lah insan itu..kamu lah insan yang terakhir dalam percubaan itu sehingga akhirnya aku berdoa untuk berhenti mencari dan berputus asa..sehinggakan namamu hadir dalam istikharah cintaku..rasanya sudah bermimpi yang kamu milik orang lain..tapi terlalu sukar untuk aku melupakan kamu...kenapa ya?apa ada pada kamu? tidak pernah nampak kamu ke situ...pernah nampak kamu melakukan sesuatu...kenapa jua kamu ada dalam setiap benak fikiranku...rasanya kamu bukanlah insan yang aku dambakan...kenapa berterusan aku mencari kamu biarpun tiada pelangi selepas hujan?

~ Semoga ia lenyap ditelan masa...dan aku akan terus berhenti dari mencari pelangi selepas hujan ~

Sunday, November 6, 2011

Gud Day!!

31/10/2011 - Hari Convo degree aku...
Alhamdulilah...berjaya jugak abiskan degree..mcm tak caya je..akhirnya aku berjaya memegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat..walaupun pada mulanya aku mcm nak tak nak je amik kos ni...akhirnya berjaya jugak tanam rase cinta terhadap proffesion ni...tak sume orang tahu ape keje librarian sebenar..tapi kalo mengikut luar negara.. librarian adalah salah satu proffession yang sangat dhormati...

Ok.stop!!..bukan nak cte pasal kerjaya pustakawan...kembali ke cerita asal...kalo dulu jubah diploma tiada apa-apa dijubah..hanya sekadar jubah kosong yang ade kerawang emas..tp jubah untuk ijazah berbeza..ade ekor dibelakang dengan lingkaran warna ditepinya menunjukkan fakulti dan 1 garisan warna emas di lengan jubah menunjukkan ijazah sarjana muda...mahu tak bangga nak pakai..siap bawak tdo ok!! sekali seumur hidup je pakai ok!

Kali ni aku sidang pagi..awal pagi dah sampai...punya la ramai umat...maklumlah 2 fakulti la kate...sehari yang konvo 1800 orang..ramai sangat..jenuh gak la nak tunggu..tapi nasib baik la aku punya nama n pointer buat aku dapat cepat...opps!! tapi aku bukanlah pemegang kelas pertama bersama anugerah naib chanselor...cukuplah sekadar kelas kedua tertinggi tu je yang termampu buat sehabis baik..tu pun dah syukur sangat..alhamdulilah...pada aku bukan pointer sahaja yang menjadi ukuran oleh majikan..tapi sikap,keperibadian,cara komunikasi,penampilan dan aktiviti luar juga main peranan...ingat tu kawan2...

moh la tgk gambo..baru korang rase bersemangat ~

my lovely family..abg aku yang sulung bersama keluarga tak dapat datang..

my bestest friend..thanx dear wat suprise datang...luv u!!

ni sume classmate aku..tp ade jugak yang takde..tgk la hepinya kteorg!!

Wednesday, September 14, 2011

TIPS FOR INTERVIEW...


~ aku bukan lah insan yang hebat untuk memberi tips..juga bukan seorang yang terlalu bagus untuk menasihati..tapi tidak salah rasenya untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang lain agar kalian sume berjaya..amin..


Persediaan sebelum...

1-Banyakkan berdoa dan solat hajat
2- Mencari seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai company tersebut..
* Jangan malu untuk bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman,tanya je sesiapa yang dah bekerjaya dan dpatkan tips. (kredit to : staf PTDI + my family + kwn2)
3 - Mencari seberapa banyak maklumat mengenai isu semasa,isu terdahulu, isu dunia, daripada bahan bacaan yang ilmiah sehingga lah yang light reading pun kene baca jugak.
4- Menyediakan sebanyak mungkin skema soalan dan jawapan yang selalu ditanya
5- Cara penyusunan sijil dalam fail clear holder hendaklah disusun mengikut yang terkini dan terhebat kemudian diikuti dengan yang lame-lame..tapi kelulusan terkini n lame letak di hadapan..
6- Pemakaian hendaklah kemas,memakai kasut yang berseuaian dan memakai baju yang paling selesa dipakai * jangan pakai baju yang baru dibeli tapi pakai baju yang selalu dipakai dan selesa dipakai..
7- Pergi ke lokasi interview sehari sebelum interview dan tengok persekitarannya.

Persediaan semasa NAK PEGI...

1-Revised balik soalan-soalan skema yang telah disediakan
2- Pastikan semua dokumen (sijil + resume + gambar extra + lain-lain yang berkaitan) ada pada anda.
3 - Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskn perlahan-lahan
4 - Jangan terlalu nervous..coolkan diri..redhakan apa yang berlaku..
5- Banyakkan baca "Rabbi yassir walatuasir" (semoga tuhan permudahkan segalanya)

Persediaan sewaktu...

1- Masuk dengan GREETING, muka SENYUM dan sentiasa tersenyum dengan apa jua keadaan.
2-Posisi duduk hendaklah tegak dan rilex tetapi tidak bersandar
3- sewaktu menjawab soalan,gerakan tangan + menjawab dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH...walaupun anda tidak tahu apa nak dijawab,berusaha untuk jawab dengan mempromote diri + tunjukkan anda mempunyai satu misi dan sangat PASSIONATE dengan kerja tersebut
4- Jawab sepositif mungkin walaupun interviewer cuba nak downkan anda.
5- Kalau interviewer tanya ade ape-ape soalan..tanya je yang pasti jangan mengarut.
6- Don't forget to say THANK YOU

Persediaan selepas...

1- Banyakkan berdoa
2- Sentiasa bersedia dengan telefon & check email * email hendaklah yang official dengan menggunakan nama account atas nama sendiri, guna SELAIN yahoo + hotmail
3 - Seandainya anda dapat, tapi perlukan masa untuk menangguhkan mintak izin dengan cara yang baik.
4 - Persediaan untuk ke tempat kerja, cari ape tugasan yang akan diberikan.
5-Seandainya kurang bernasib baik..jadikan sebagai satu pengajaran,redha dan teruskan usaha..mungkin disitu terletaknya rezeki anda.

p/s : Tips ini adalah dari pengalaman interview yang pertama.Alhamdulilah segalanya dipermudahkan dengan sekali interview. * Biar apa pun interview dan kerja yang ditawarkan,jangan terlalu MEMILIH...bagi rakan-rakan yang baru grad... bina tapak dalam industry biarpun ia bermula dengan gaji yang kecil dan bukan mengikut kelayakan sebenar...tapi ambil pengalaman sebanyak mungkin,pelajari dari bawah lebih baik agar anda menghargai orang bawahan apabila anda berada di pangkat yang tinggi. Sentiasa rapatkan diri pada tuhan kerana DIA maha tahu ape yang terbaik untuk anda.

 ~ SEMOGA BERJAYA!!

Saturday, September 3, 2011

Impianku...

Lagi 12 hari je nak genap umur 23 tahun...cepatnya masa berlalu..masih lagi teringat impian aku sewaktu umor 15 tahun..impian aku umur 23 ni : -
           1) Belajar   : done
           2) Kerja        : done
           3) Kereta  : done
           4) ROI            : done
           5) Kahwin  : ?
Alhamdulilah..sume dah terlaksana..yg ke 5 tu je belum..tak semudah yang disangka..tapi.. batang hidung calon pun tak nampak lagi.. mcm mane nk langkah seterusnya..huhu..sedihnya..Memang la jodoh tu ditangan tuhan..tapi kte mencari...bile dah cari tak de yang sudi pulak..Memang la orang kate usia muda lagi untuk melangkah ke alam perkahwinan....tapi..kita tak akan tahu apa yang akan berlaku lepas ni, bukan tergesa2 dan bukan tertangguh2...tapi demi masa depan..bila tengok parent susah hati anak die belum kawin lagi secara automatik hati pun sedih sebab diorang risau... bile tengok parent gembira melayan cucu.... teringin nak mereka gembira..tapi apakan daya..walau perigi mencari timba sekali pun andai belum mendapat keizinanNYA... kesabaranlah yang perlu ada dalam diri.... bukan desperate, bukan sambil lewa, bukannya bermaksud dah cukup ilmu rumahtangga, bukannya diri terlalu sempurna...tapi memang excited pun...cepat la muncul wahai jodohku..jgn biarkan aku terus menantimu...hehe

Tuesday, August 2, 2011

TERHARU...

Hari itu, aku dah dpt my first salary, biarpun sedikit sbb aku lapor diri pun awal bulan tapi sudah cukup menggembirakan hati...niat dihati nak blanje family ku baju raya tp apakan daya tak mampu nk bayar semua..half je..hehe..

Erm..kembali pada crita terharu..before aku nak balik ke semenyih smalam...mcm org slalu yg dah kerja akan bagi duit pada parent mereka..mcm tu lah aku, tanpa disedari ade air yang bergenang dimata mereka...  aku pun jadi sebak & terkejut sbb tiba2 je..barulah aku sedar mereka sangat terharu akhirnya aku mampu berjaya...tapi dalam hati kecil ku masih berdetik..jasa mereka lebih besar dan tak mampu untuk aku bayar, walau sebanyak mane sekali pun aku tetap takkan mampu balas jasa mereka yang telah susah payah besarkan,didik aku yang nakal ni...

Pesanan aku untuk korang..selagi mereka ada..balas lah jasa mereka..kamu tetap takkan mampu balas tapi buatlah mereka senang hati dan bangga mempunyai anak seperti kamu...

Sunday, July 24, 2011

Work at graduation day..

Belum pun seminggu bekerja, aku dah dapat task untuk tlg graduation day kat PICC(Putrajaya International Convention Centre).. Disebabkan aku x reti nak drive ke Putrajaya so aku tumpang kenderaan university.. aku ditugaskan di kaunter student registration bersama ngan staf2 dari bahagian lain...mmg menarik sbb ramai org luar negara, mcm2 ragam..kelakar aku dibuatnya..ape2 pun..best la, and buat aku tak sabar nak convo...

bertugas dengan memakai jubah...


sibuk2 beli flower kat ctu time die tgh diskaun

Monday, July 18, 2011

My first job...

Today...aku melaporkan diri di University of Nottingham campus Malaysia..tak pernah sedikit pun terlintas di fikiran yang aku akan bekerja disitu...alhamdulilah..rezeki tuhan, jangan memilih..peluang cume datang sekali.. baru jumaat lepas aku habis praktikal di UiTM Segamat, tak sempat rehat langsung terus memulakan tugas yang sepatutnya dimulakan pada 1 Julai 2011 yang lepas..nasib baik la diorg ni sanggup tunggu aku abis praktikal... so far sekarang ni tengah training 2 minggu kat semua department..staff pun ok..tinggal nak cari umah sewa..

Kene slalu speaking membuatkan english aku yang berterabur ni perlu diperbaiki..haha..tapi tengah susah hati sebab laporan praktikal tak siap lagi dan perlu hantar before  5 Ogos 2011.

Monday, May 16, 2011

My First Day Practical..

Hari ni bermulanya latihan industri untuk kami student IM220.. tempat yang aku dapat adalah di Perpustakaan UiTM Johor bersama eqyn & nafi & 3 orang lagi student part 5.. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan semua staff sangat baik dan kelakar menjadikan kami tidak lagi stress untuk berada di alam pekerjaan sebaliknya telah membuatkan aku bersemangat untuk menjadi seorang Pustakawan..siapa kata kerja di perpustakaan hanya menyusun buku,mari ikut aku untuk mengetahui apa kerja yang patut buat di perpustakaan.. Hari pertama lagi kerja yang disediakan sudah membuatkan masa yang berlalu begitu pantas, selepas diperkenalkan kepada semua staff dan mendapat taklimat daripada timb.ketua pustakawan kami pun memulakan tugas. Pada mulanya agak kecewa bile dapat tau tidak ada meja khas untuk kami tapi bila berfikir semula, latihan praktikal cume diberikan dalam tmpoh 8 minggu sahaja sedangkan department yang harus dibuat ada 10.. agak risau disitu kerana takut tidak mendapat banyak ilmu disebabkan tempoh praktikal sangat terhad tetapi aku akan berusaha supaya macam-macam yang akan dapat ku pelajari nanti.. ape pun ini baru hari pertama, ada 60 hari lagi untuk melihat dan merasai ragam kerja yang banyak kerenah.semoga aku terus bersemangat dan menyayangi kerja yang dibuat..really love the librarian profession

Sunday, May 15, 2011

HadiAh uNtuK seMua yaNg banYak MemBantU

Semalam rezeki aku baik dapat terima satu anugerah, rasa seperti tidak layak sahaja untuk terima anugerah itu, aku..bukanlah hebat orangnya, bukanlah pemegang anugerah kedoktoran,bukanlah pemegang anugerah dekan, bukanlah pemegang anugerah naib chanselor, bukanlah seorang yang pernah menjawat jawatan besar tapi entah kenapa aku masih layak untuk menerima anugerah tersebut..alhamdulilah..itu semua berkat usaha aku & orang-orang sekeliling yang banyak membantu dari kecik sehingga dewasa..Anugerah yang diterima memang la dari "dulu kini slamanya" tapi kalau orang dah bagi knapa kte nak tolakkan..seaakan-akan menjatuhkan maruah diri, bukan diri mahu terlibat politik, tapi menjalankan kewajipan terhadap negara...aku adalah rakyat Malaysia yang hanya mampu menyumbang undi untuk negara setakat ini belum pun berkemampuan untuk menjadi jaguh dunia membawa nama MALAYSIA ke serata dunia...semoga dengan pengiktirafan yang diberi membuatkan aku lebih bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat...kepada

Kalian semua...walaupun kamu berasa rendah diri, kalaupun kamu tidak sehebat mana, walaupun kamu hanyalah insan biasa yang sentiasa BERUSAHA..percayalah berusaha & trus berusaha demi mencapai cita-cita, jangan mudah berputus asa, biarlah kamu sekalian lmbat asalkan trus berusaha tanpa henti sudah pasti kejayaan pasti kamu burui...

Kalian semua...walaupun kamu berasa bangga dengan jawatan yang ada..kalaupun kamu sehebat mana, walaupun kamu pemegang semua anugerah,tapi ingatlah tidak selamanya kita berjaya, jangan lupa pada diri, jangan lupa pada asal-usul & yang penting jangan lupa pada IBU BAPA & mereka yang banyak membantu... tanpa meraka siapalah kita, tanpa mereka impian takkan  menjadi nyata...sedarlah kamu...

Dikesempatan ini, ingin skali ku katakan anugerah yang diterima adalah untuk kalian semua yang banyak membantu..terima kasih yang tidak terhingga, hanya tuhan yang mampu membalasnya..


me with my mom

 Sinar Harian isnin(16/5/2011) page j18





   



Thursday, May 12, 2011

FiniShing SchooL

Baru je lepas pergi shah alam sabtu lalu, ni dah kene pergi semula untuk program finishing school...dan dengan berakhirnya program ni maka berakhir lah kehidupan aku disana..bila fikir-fikir semula, sedih pulak rasanya meninggalkan zaman belajar 5 tahun di Universiti benar-benar buat aku jadi matang, buat aku kenal dengan ragam dan kerenah kawan-kawan sebaya,senior & junior...Tak sanggup rasanya untuk melepaskan zaman belajar sebab kadang-kadang satu ari tu ada satu je kelas,kalau kerja nanti boleh macam tu ke?berehat-rehat, mkn tengahari pukul 10pg mesti dah jauh berbeza...apa pun yang berlaku trima la hakikat yang aku dah dewasa...(too sad)..kembali kepada tajuk entry aku, Finishing school ni ape? untuk korang yang bukan UiTM mesti tak tau kan, mula-mula aku pun takut jugak sebab time kteorang ni la die buat dekat luar,ade sungai dengan struktur jln yang berbukit bukau sudah terbayang mesti ada aktiviti lasak yang akan dijalankan...oh...tidak sama sekali..Program ni bertujuan untuk mengajar kami semua cara membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan, seperti buat resume, cara pemakaian untuk interview, mock interview, tentang kerjaya dan mcm-macam lagi...mungkin kali ni modul rasa lebih seronok sebab dibuat di luar dengan persekitaran yang menarik..baru lah rasa 2 hari 1 malam itu tidak mencukupi sebab ketenangan kat ctu memang lah mendamaikan dengan bunyi kicauan burung, air sungai yang mengalir, kesejukan diatas bukit & pohon-pohon menghijau...apa yang pasti program seperti ini memang bagus untuk pelajar semester akhir membuat persediaan..teringat kata-kata dari Dr.Azman (Timb.Dekan)

" Ingatlah sekarang ini kamu senior dalam fakulti tapi tidak lama lagi kamu adalah junior dalam industri"

Ayat yang meresap jauh ke dalam tubuh menjadikan lahir rasa ketakutan untuk tiba pada saat itu tapi apa pun yang berlaku kte harus tempuhi juga..Semoga dengan ilmu yang telah mereka curahkan dapatlah kite berbakti semula kepada masyarakat...amin..


Thursday, May 5, 2011

BuKu MotiVasI

Korang minat tak membaca?sure la ramai yang jawab tak minat kan..entah kenapa sejak akhir-akhir ni, tersangat la minat membaca buku-buku motivasi sampaikan sanggup tak buat ape-ape samata-mata nak baca buku-buku tu..dah penuh koleksi buku mungkin akan buat perpustakaan mini dirumah..hehe..tnggu ade rumah sendiri nanti aku wat..best sebenarnya baca buku-buku motivasi ni, bukan je dapat tambah pengetahuan tapi boleh beri motivasi pada kite, penuhi masa terluang tentu lah sehinggakan terpaksa cari masa terluang untuk membaca..sampaikan naik gian pulak nak beli & baca...korang bacalah nak-nak time tengah sedih ke boring ke atau tengah patah semangat..walaupun buku -buku tu belum tentu dapat pulihkan semangat sepenuhnya, tapi at least boleh membantu kite dan mentedarkan kita apa yang patut kite buat...so ~ JADIKAN AMALAN MEMBACA BUDAYA KITA ~

Sunday, April 17, 2011

Putrajaya - KLCC

Ari ni aku keluar ngan sesorang untuk dapatkan jawapan yang pasti,so aku dah plan untuk g putrajaya lepak2 kat rumput2 ctu then borak2, dengan menyewa kete viva dan berbekalkan nasi goreng seafood...g Putrajaya utk lepak2 n makan2 je..pastu tibe orang tu cakap x pernah pergi KLCC..aku on je..so plan telah berubah dari Putrajaya ke KLCC..sesampai je kat KLCC,asalnya nak pergi Petrosains tapi sudah berubah arah menuju ke Aquaria & Pc fair..kat Aquaria tu seronok sbb ikan2 tu memang besar2..tp bile kat pc fair tu jenuh sebab kte kene masuk semua then baru blh keluar..sabo je le...pastu trus pulang sbb malas nak merayap mane2 lagi dah penat..tu pun dah pukul 9...dan akhirnya ku dapat jawapan yang pasti dari org tu bahawa die sudah bertunang... tuhan je yang taw perasaan aku,ape pun aku kene bersabar kalaulah die btaw awl2 aku x kuar ngan die..huhuhu..Putrajaya - KLCC bukanlah kenangan manis tapi telah memberi aku kenangan yang sanat pahit..hanya DIA yang tahu betapa terlukanya hati ni..~ Moga tuhan berikan aku insan yang terbaik n syg aku selamnya & seadanya ~

p/s utk dia : Semoga berbahagia dengan sidia..slamat pengantin baru...ku undur diri..:(





Saturday, April 2, 2011

SinGaPorE

Kelmarin aku and my class pergi Singapura untuk buat lawatan ke perpustakaan Nanyang Tecnology University (NTU) & National Universiti of Singapore..selewat jam 6.30ptg baru dapat bertolak ke Johor Bahru menaiki bas 2 tingkat yang disediakan oleh UiTM...waktu tu xde la excited sangat..biase2 je..Sampai JB kteorg tido kat guest house,pastu pagi2 dalam kul 7.30 dah gerak masuk 2nd linklalu Woodlands, then masuk ke laluan keluar dari malaysia & masuk ke laluan masuk Singapore yang sangat la ramai orang..dah la ramai sume orang bergegas2 pulak tu..serabut aku tengok..then trus ke library sebab janji kul 10pg..library NTU sangat lah mengagumkan..dengan teknologi yang sangat canggih,memang teruja la kalo kerja ke balaja kat sane..memang ari2 duk lepak sane..library yang dipenuhi dengan pelbagai teknologi,drpd LCD yg touchscreen utk baca paper sampai la ke pintu keluar yang menggunakan sentuhan kad..pastu kteorg g merayap untuk amik gambar2 je..disebabkan kteorg pakai baju yang same so sume orang suke tengok..bangga gitu ~ hahaha...ptg g NUS pulak, library yang sangat dipenuhi student, sangat selesa sebab diorg ade bilik khas utk makan2 n baring dlm library..kalo la blh implement kat malaysia mesti korang suka kan..pastu g la amik gmbo kat luar Universal Studio, x masuk sbb x mampu..hehe..mlm tu kteorg pulang ke jb smula..lawatan ke jiran sebelah yang mengagumkan...tapi walau macam mane hujan emas dinegara orang skalipun hujan batu dinegara sendiri tetap lah aku suke..love u Malaysia...














Saturday, March 26, 2011

HaRi KeusahawaNAn...

Hari ni berniaga kat fakulti sempena hari keusahawanan..tp bg kteorg dak2 klas ISD206B..ni la masanya utk mengumpul dana utk digunakan ke Singapore nnt sbb duit x ckup lg..so, ni langkah terakhir utk mengumpulkan duit..mcm-mcm yang kteorg niagakan..soto nasi,bihun sup, nasi lemak, sandwich roll, chicken chop, buah potong,air mangga,air oren,air tembikai & air jambu..ni la juadah yg kami sediakan slama 2 hari... mcm2 ragam kawan-kawan aku nih bukan tu je..macam2 ragam jugak si pembeli..disebabkan kat ctu cume kedai kami je yang jual makanan berat so memang cepat habis la jualan kteorg sampai kene buat baru..tp seronok, ape pun yang berlaku sume ni adalah pengalaman yang mendewasakan kte..tengok la pic kat bawah ni sbagai bukti memang kteorg berniaga.
.
credit to seha sbb die yg amik pic ni + pic ni ade kat blog die..

memang sibuk time2 macam ni..

time ni awal2 pagi..sempat lagi nak rilex2

Saturday, February 26, 2011

DouBLE HappIneSS

Alhamdulilah...ari ni adalah ari yg ckup menggembirakan..tak sia2 aku seksa diri bersesak2 dlm  komuter + bus + train utk balik semata2 utk menjenguk sikecik AZZALEA + AZIZ QASYFI.. mmg aku dpt double happiness,bkn je dpt main ngan sikecik tu malah aku pun dpt SIKECIK aku yg berwarna hijau..enth mcm mane ayah kakak ipar aku boleh tergerak hati nak jual kat aku..then parent aku trus setuju sbb condition kete tu ok lg + die dah br kan + mmg family die je yg pkai.. aku x kesah asalkan kete tu kecik..so,dgn gumbiranya aku dah bwk 2 kali utk ms smlm..bwk si Lea tu jln2..aku rs mcm dlm mimpi..tp tulah realiti..adeh..bt aku risau utk 2 bln yg terakhir ni..aku cume mmg usaha yg terbaik demi mereka..thanx bnyk2 pd family aku...xtaw nk ckp thanx mcm mane..huhu
lea sgt gembira bersma mukcu dia..





lea tgh main2 ngan baby


2 BUAH BUKU

Seminggu yg lalu,aku ade borak2 dengan Azizi kwn sekolah aku..tgh2 borak tiba2 dia suggest kat aku buku "AKU TERIMA NIKAHNYA" & "DIMANA DIA DIHATIKU"...dengan pantasnya aku g beli 2 buah buku ni..n aku terus baca lpas bayar..punya la excited x terkata...haha..mula aku baca "edisi istimewa aku terima nikahnya oleh Hasrizal Abd Jamil" sbb jiwa aku mmg tgh kaco time tu, sgt2 tak tenang..sbnrnya buku ni aku nak hadiahkan kat seseorg sbg tanda terima kasih atas segala sokongan yg dia dah bg tp oleh sbb aku teruja nak baca so aku tumpng la baca sblum bg org..hehe..Alhamdulilah, lpas baca buku ni hati semakin tenang, fikiran aku pd dia pun smakin x menganggu, buku ni btul2 mengajar aku erti utk redha dan terima hakikat yg berlaku..secara tidak sengaja telah menimbulkan rase dalam diri belum bersedia lg utk melangkah ke alam perkahwinan..mcm yg di tulis ~Perkahwinan bukan hanya memerlukan cinta tetapi tanggungjawab juga memainkan peranan~ buku ni banyak mengubah aku cr berfikir,cr menerima dan smkin positif...korang bacalah buku ni x smestinya utk yg dah couple ke kawen ke..sume golongan boleh baca dan aku rase ilmu tu boleh digunakan dari sebelum kte couple smpai la kawen sampai la ke anak cucu nanti, buku yg mengandungi nasihat dan pndangan mmbuatkn kte berfikir mane yg terbaik utk hidup kte..
Lagi satu buku yg disarankan ialah "dimana dia dihatiku oleh Pahrol Mohd Juoi.. buku ni banya berkonsepkan tentang hati, ayat yg sangat menyentuh kalbu seandainya dihayati sebenar2nya..banyak puisi yg ade, banyak juga kata2 hikmah yg boleh diambil utk merawat hati agar terus kembali ke landasan sbnr..actually, aku x habis baca lg buku ni sbb dah nak bg hadiah kat org..tp walaupun beberapa helaian yg aku dah baca, ckup menyedarkan aku..Alhamdulilah..aku x taw la kalo korang yg baca ape pndapat dan kesimpulan korang, tp aku mcm ni la,haha..sbnrnya aku syg sgt nk bg buku tu kat org, sbb buku tu best sgt!! tp org ckp kalo kte nak bg org sesuatu kte bg ape yg kte syg..so, aku harap "dia" baca buku tu dgn spenuh hati..andai kata hati dia terbuka,alhamdulilah..andai kata dia nk melepaskn trus, aku terima dgn redha..
So, nasihat aku pd yg korang, baca la dua dua buku ni,BEST!! SGT2 BEST!!, biarpun harga die agak mahal tapi ilmu dalam tu adalah sgt2 x ternilai, dan ia adalah seperti pelaburan ms hadapan...SLAMAT MEMBACA!!




Friday, February 25, 2011

SAAT ITU

Petang td before bertolak balik umah singgah midvalley kejap, wlaupun terpaksa menunggu komuter ke 3 br boleh naik tu pun bersesak2 sbb rmai sgt org sampaikan aku x leh gerak walau se'cm' pun..sgt padat,sesampai je kat mid, org tarik aku kuar dr komuter sbb aku xleh nak gerak ramai sgt org..thank pd kakak yg tolong tu, nasib baik ade gerabak wanita..selamat ckit..erm..bdn aku mmg dah sgt2 lemah + gigil2 kepenatan sbb dr kat kl sentral asyik turun naik nak beli tiket balik umah..aku g mid ade 2 tujuan..first nak bg hadiah kat seseorg 2nd aku nk beli hadiah baby..setelah berbulan lamenya aku x jumpe org tu akhirnya aku nekad sbb nak bagi hadiah, mula2 mmg aku dah janji x nk jmpe lame2 bahaya utk hati aku..tp sbb org tu ckp nak tman beli hadiah baby so aku pun x kesah la sbb time tu aku x lrt sgt..mula2 cr hadiah lea pastu cr hadiah baby then br mkn..oh saat itu btul2 mengimbau kenangan lalu saat diri sedang bahagia tapi sygnya sume tu tinggal kenangan..aduhai...pertemuan itu betul2 mengugat jiwa, aku harap lpas pertemuan ni dia blh bg kputusan yg terbaik utk aku n dia..andai x mampu kembali bersama berdoalah agar same2 merasa kebahagiaan masing2, ttp andai bersama doalah agar terus bahagia slamanya..seandai ade persoalan mengapa aku masih syg walaupun dilukai berkali2..aku xde jwpan utk itu..btul2 x de, yg ade cume aku xmampu utk melupakannya n aku akan terus berthn slagi aku mampu berthn aku akn bertahan..sbb aku berpegang pd " berusaha hingga ke saat terakhir, kekecewaan akan bertukar menjadi harapan "..aku sentiasa doa pada tuhan agar berhenti menyayangi dia tp doa aku mungkin belum dimakbulkan..atau ade sbb tuhan bt mcm tu atau tuhan nak uji sekuat mane hati aku utk dilukai..hanya tuhan yg ade jwpannya..sbgai hamba aku hanya mampu berdoa dan berserah pd DIA.. DIA lebih berhak bg aku ujian andai aku syg DIA..wlaupun x kuat utk tempuhi tapi DIA hanya akan bg ujian mengikut ape yang kite mampu shj..Sungguh maha penyayang DIA tu..  smoga hari2 trus berlalu dgn rahmat & kasih sygMU wahai tuhanku...


Thursday, January 27, 2011

Janda Baik -VACATION class

Disebabkan sme ni sem akhir kteorg,maka kteorg nk wat camping2 n mkn2 plus mandi manda..maka, JAnda BaIk telah terpilih sbg tempat utk lokasi memory kami..bertolak seawal 8.30 pg dgn 6 buah kereta = 27 org, dan tiba kat sane kul 10 lbh..xjauh ropenya Janda Baik ni ngan tmpt kteorg, mula2 mmg excited sbb tmpat die cantik plus rumah2 yg ade mcm2 bentuk..br naik kete dah tutup aircond sbb dah sgt sejuk..tp jalan mmg menakutkan,muat2 1 suku kete je,kalo selisih kete mmg kene ketepi..pulak tu tepi2 tu bnyk gaung..erm,..sesampai je kat ctu kteorg dirikan khemah,siapkan bhn2 utk wat BBQ..pastu terjun la apalagi kan.. air sgt la sejuk,menggigil2 dibuatnya..tapi lame jugak kteorg berendam..haha..pastu naik,take over msk BBQ,dak2 ni pulak terjun..dah sudah tu mkn2 n borak2 ckit pastu terjun lg..dsbbkn lokasi kteorg tu adalah kg kpd Anim,maka sgala juadah2 mkn tgh ari telah disediakan dgn byaran sbnyk RM30...vacation kali ni mmg best sbb dpt mandi manda + mkn dgn knyg...jom tgk pic2 kteorg ye..:)











Saturday, January 1, 2011

Hobi baru!!

Erm...rasenya ni hobi lame yg nk di mulakan smula..kat umah ni mmg ade aquarium ayah aku punya..dr aku kecik mcm2 ikan dah bela..mmg best,asal boring je tgk ikan..aku rase ikan pun naik muak tgk muka aku..haha..  sampaikan dulu time aku kecik2 ayah aku cte, bile ade ikan mati je aku nangis pastu g tanam kat blkg umah.. yg paling teruk skali time flowerhorn tu mati..kteorg g sarawak seminggu saje je jln2,dah bukak gas tu,tp enth ape yg x kene ngan plug tu..so ikan tu pun mati..kteorg suke tgk ikan tu sbb bile mlm je ikan tu alih2kan batu, ade je keje die,so bile mlm kteorg intai2 la..dia tolak2 batu gune kpala die..hehe.. tp bile die mati,,aku la yg x leh blah..nangis mcm hape..tp mmg aku syg ikan2 ayah aku ni..pastu dah bape thn aquarium tu ade la ikan emas 3 ekor..ayah aku bela..aku x pndang pun ikan2 tu sbb kecik ati flowerhorn tu mati..so,ari ni bezday ayah aku..aku nk cantikkan balik aquarium tu..biar ceria xnk suram lg..aku psangkn lampu warna biru,beli ikan tetra 4 ekor,tiger barb 2 ekor pastu ikan lumut,pastu ikan koi 2 ekor..hehe..ngan 1 pokok idup.. ceria skit bile ikan bnyk so total ade 13 ekor campur ikan2 yg dah mmg ade dlm tu..xdela boring nk tgk lg..
ni la aquarium ayah sy..2 kaki 1/2 kot..






  Disebabkan kat umah ni dah ade aquarium..so aku pun amik la balang kaca yg x gune kat umah ni..beli batu2 kecik ckit,pastu letak ikan tetra 6 ekor,ikan koi 4 ekor..pastu letak pokok plastik..hehe..siap la aquarium mini aku..mls nak letak gas2 n sgala mentang tu..nk try tgk ikan blh idup x dlm keadaan mcm ni..tp aku hrp sgt2 die blh idup ngan sihat...so..blh la bwk letak kat s.alam nnt..hehe..

ni lah bowl aku yg berisi ikan..