Save the date

Daisypath Wedding tickers

Monday, May 16, 2011

My First Day Practical..

Hari ni bermulanya latihan industri untuk kami student IM220.. tempat yang aku dapat adalah di Perpustakaan UiTM Johor bersama eqyn & nafi & 3 orang lagi student part 5.. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan semua staff sangat baik dan kelakar menjadikan kami tidak lagi stress untuk berada di alam pekerjaan sebaliknya telah membuatkan aku bersemangat untuk menjadi seorang Pustakawan..siapa kata kerja di perpustakaan hanya menyusun buku,mari ikut aku untuk mengetahui apa kerja yang patut buat di perpustakaan.. Hari pertama lagi kerja yang disediakan sudah membuatkan masa yang berlalu begitu pantas, selepas diperkenalkan kepada semua staff dan mendapat taklimat daripada timb.ketua pustakawan kami pun memulakan tugas. Pada mulanya agak kecewa bile dapat tau tidak ada meja khas untuk kami tapi bila berfikir semula, latihan praktikal cume diberikan dalam tmpoh 8 minggu sahaja sedangkan department yang harus dibuat ada 10.. agak risau disitu kerana takut tidak mendapat banyak ilmu disebabkan tempoh praktikal sangat terhad tetapi aku akan berusaha supaya macam-macam yang akan dapat ku pelajari nanti.. ape pun ini baru hari pertama, ada 60 hari lagi untuk melihat dan merasai ragam kerja yang banyak kerenah.semoga aku terus bersemangat dan menyayangi kerja yang dibuat..really love the librarian profession

3 comments:

eelya_khadeeja said...

8 minggu jer? sekejap betul...takpe2 gunakan setiap hari dengan sebaik mungkin...doakan segalanya dipermudahkan Allah sepanjang praktikal dkt sne...kirim salam aku pada ekin ngan napi ya..

p/s: singgah2 ke blog

princess^^lily said...

ok..thanx khaty..miss u..erm..doakan aku dpt keje k..risau..:(

xalimx said...

leh minta tambah masa praktikal~~~