Save the date

Daisypath Wedding tickers

Thursday, May 12, 2011

FiniShing SchooL

Baru je lepas pergi shah alam sabtu lalu, ni dah kene pergi semula untuk program finishing school...dan dengan berakhirnya program ni maka berakhir lah kehidupan aku disana..bila fikir-fikir semula, sedih pulak rasanya meninggalkan zaman belajar 5 tahun di Universiti benar-benar buat aku jadi matang, buat aku kenal dengan ragam dan kerenah kawan-kawan sebaya,senior & junior...Tak sanggup rasanya untuk melepaskan zaman belajar sebab kadang-kadang satu ari tu ada satu je kelas,kalau kerja nanti boleh macam tu ke?berehat-rehat, mkn tengahari pukul 10pg mesti dah jauh berbeza...apa pun yang berlaku trima la hakikat yang aku dah dewasa...(too sad)..kembali kepada tajuk entry aku, Finishing school ni ape? untuk korang yang bukan UiTM mesti tak tau kan, mula-mula aku pun takut jugak sebab time kteorang ni la die buat dekat luar,ade sungai dengan struktur jln yang berbukit bukau sudah terbayang mesti ada aktiviti lasak yang akan dijalankan...oh...tidak sama sekali..Program ni bertujuan untuk mengajar kami semua cara membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan, seperti buat resume, cara pemakaian untuk interview, mock interview, tentang kerjaya dan mcm-macam lagi...mungkin kali ni modul rasa lebih seronok sebab dibuat di luar dengan persekitaran yang menarik..baru lah rasa 2 hari 1 malam itu tidak mencukupi sebab ketenangan kat ctu memang lah mendamaikan dengan bunyi kicauan burung, air sungai yang mengalir, kesejukan diatas bukit & pohon-pohon menghijau...apa yang pasti program seperti ini memang bagus untuk pelajar semester akhir membuat persediaan..teringat kata-kata dari Dr.Azman (Timb.Dekan)

" Ingatlah sekarang ini kamu senior dalam fakulti tapi tidak lama lagi kamu adalah junior dalam industri"

Ayat yang meresap jauh ke dalam tubuh menjadikan lahir rasa ketakutan untuk tiba pada saat itu tapi apa pun yang berlaku kte harus tempuhi juga..Semoga dengan ilmu yang telah mereka curahkan dapatlah kite berbakti semula kepada masyarakat...amin..


No comments: