Saat melihat gambar kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga..
aku terfikir...bersedia kah aku?
terus teringat saat aku kecil..
mak ayah bangun seawal 5 pagi, memasak,kemas rumah,basuh baju,
sediakan sarapan kami..
bolehkah jadi seperti itu..bangun awal pagi.. siapkan segala kelengkapan..
mak aku seorang wanita bekerjaya maka segalanya perlu disiapkan sebelum pergi bekerja..
aku juga mahu seperti itu..wanita bekerjaya berkeluarga..tapi..
tertunaikah tanggungjawab sebagai seorang isteri??
makan pakai suami, rumah,anak2, belum cerita kalo duduk bersama mentua /ibu bapa..
kadang-kala rasa seperti belum bersedia...
saat jam loceng pukul 6.30pg pun aku masih boleh bermalasan..
saat sebelum pergi bekerja pun aku masih malas memasak untuk bawak bekal..
saat pulang bekerja..terus terbaring kepenatan masih tidak memasak & mengemas..
saat hujung minggu masih rasa sayang meninggalkan bantal & tilam busuk..
saat menyiapkan diri masih rasa malas untuk bersolek segala bagai..
termenung panjang memikirkan..
tapi masih terdetik dihati..mungkin belum sampai situasi sebenar wat pe nak susah2..
bukankah perlu bersedia dari sekarang?
apa pun..bila sampai masanya, tiada lagi soalan bersedia atau tidak..
andai mahu mencium bau syurga,
jadilah isteri solehah,
tunaikanlah tanggungjawab seorang isteri juga seorang anak..
biarpun sesusah mane,biarpun sepenat mana..
kerana andai mak & ayah mampu berkorban seperti itu..
kenapa tidak kita?ya..kita sama..manuasia,punya rasa penat & perasaan
terus dalam hati rasa bersyukur punya mereka seperti itu..
andai mereka tidak bekorban seperti itu..
entah aku jadi seperti manusia atau tidak..
entah aku mampu menggenggam ijazah & punya kerja
tapi.. rasa terima kasih pada mereka itu cuma sebesar zarah,
apatah lagi dengan wang ringgit..
mahu dibandingkan dengan segala pengorbanan mereka....
lantas aku berjanji berusaha membahagiakan mereka..
nama kalian disetiap doaku
itu sahaja yang aku mampu...
semoga kalian dalam perlindungan Allah...
Doa untuk mereka adalah hadiah terbaik..tak kira mereka masih hidup @ tidak..
doa bekalan dunia dan akhirat..
Terima kasih mak & ayah..