Save the date

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, June 15, 2010

Trend masa kini..

 Semalam..terbaca entry sahabatku khadijah...tetapi bukanlah berkenaan dengan hadis ini....secara tetiba teringat akan zaman sekolah dahulu pernah terdengar tazkirah dari kawan-kawan dan ustaz berkenaan dengan hadis dibawah..Rasenya memang trend masa kini..Pada aku..trend2 jugak tapi tuntutan tetap no.1, tak salah nak ikut trend tapi kita kene olahkan dia supaya sesuai dengan tuntutan syarak..sekarang pun orang memakai tudung hanya berkonsepkan untuk menutup rambut..Ya...memang rambut itu aurat.. tapi sedarkah kita yang tujuan memakai tudung itu bukan sahaja menutup rambut? PERLU MENUTUP LEHER, PERLU MENUTUP DADA..untuk apa ditayangkan kepada semua..sedangkan itu mahkota yang perlu dipelihara, mahkota bukan sahaja terletak pada rambutnya tetapi sume yang ade pada dirinya..maruahnya,tutur bicaranya..malahan sekarang ni ada trend memakai tudung dan terdapat bonjolan dikepalanya seperti unta..untuk apakah itu semua? cantik kah? ya..mungkin ada setengah orang yang mengatakan cantik..tapi kita kene berbalik pada tuntutan..tuhan adakan sume tuntutan dan hukum2 ini semuanya ada sebab disebaliknya, sama ada sebab diketahui ataupun tidak diketahui..tapi itukan soal agama..kenapa perlu memepertikaikan..kenapa susah sangat nak ikut?duhai manusia akhir zaman..aku sendiri semakin takut...aku bukan la seorang yang bagus sangat, kadang2 terleka jugak dengan kehidupan sekarang dan trend sekarang..tapi tak salah rasenya untuk kita berkongsi...bukankah nabi kita ada berpesan smpaikanlah daripadanya walaupun satu ayat...dibawah ni..hadis berkenaan bonggolan unta dikepala seorang wanita..Renung2 kan..

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223)


* trend untuk menunjukkan bonggolan unta dikepala seorang wanita semakin menjadi-jadi sekarang ni..kawan2 jangan buat ye..sebab sgt takut bende nie samakin menjadi-jadi, maka rasa terpanggil untuk share potongan hadith yang pernah saya dengar sewaktu zaman sekolah nie buat renungan kawan2..sebar-sebar kan ye..

* thanx to khadijah mutalib sbb tolong carikan potongan hadith ni..

No comments: