Save the date

Daisypath Wedding tickers

Sunday, June 6, 2010

Aduhai Sang puteri..

Air jernih mengalir deras di pipi...Sang puteri mula mencari-cari mana silapnya,mana salahnya hinggakan itu boleh terjadi..Bukan mudah untuk sang puteri keluar dari istananya...tapi kenapa sekali ini walaupun sudah mendapat keizinan tetapi perkara itu tetap berlaku..mungkin sang maharaja dan maharani sangat risau akan keadaan tuan puteri,risau dengan keadaan sekarang,risau dengan apa yang berlaku pada zaman ini mungkin akan terjadi pada sang puteri yang masih baru mengenali dunia luar..masih baru?ketika berumur 22 tahun adakah itu dikatakan masih baru?kalau ya pun keadaan itu masih baru kenapa tidak sang maharaja membiarkan sang puteri mengenali erti kehidupan sebenar?...disaat sahabat-sahabat yang lain menikmati zaman remaja..sang puteri masih belum merasainya..sang puteri seaakan-akan mahu menjerit dan memberontak mahu sahaja melarikan diri jauh dari semua, pergi ke tempat lain dengan kehidupan biasa...tetapi hati kecilnya masih di istana,masih sayang meninggalkan tempat kelahirannya,masih mampu mempertahankan tempatnya..fikiran sang puteri buntu memikirkannya, perlukah melanggar perintah sang maharaja dan maharani? pernah sang puteri mengingkarinya demi menurut kemahuan hati,tapi terlalu banyak halangan dan perkara yang menimpanya..sang puteri tidak tahu sampai bila ia akan berakhir dan apa pula kesudahannya,benar-benar menyeksa hatinya..tetapi dia sudah tidak berdaya lagi,tak mampu lagi memikirkannya,tak mampu lagi mengingkarinya benar-benar serik tapi salahkah? kehidupan sang puteri yang mahukan seperti insan lain, mencari hala tujuan hidup sendiri, mencari kedamaian dihati, mencari kegembiraan yang diukir sendiri...

No comments: