Save the date

Daisypath Wedding tickers

Friday, January 27, 2012

Keadaan makin serius ~

Tajuk entry macam serius sangat la..padahal ia berkisar tentang hati...Entah kenapa malam tadi boleh teringat peristiwa dulu...rasanya dah lame redhakan dia pergi bersama insan yang dia sayang..tapi mungkin cara kejam die buat aku teringat sampai sekarang...kamu mungkin sudah sangat bahagia..hanya aku sahaja yang berulam air mata...aduhai...

Wednesday, November 30, 2011

KAMU!!

kamu...ye..kamu lah orangnya...pertama kali bertemu telah mematikan panahan mataku...selalunya sesiapa sahaja aku pasti akan lihat dari matanya..tapi tidak kamu...kamu buat aku tertunduk malu...ya...kamu memang ada rupa,ramai sekali gadis pasti terpikat pada kamu...setiap kali betemu pasti ada debaran dihati..tapi kamu sangat jauh untuk didekati,sangat sukar untuk dimengerti..oh...lupa...aku ni siapa la kan...pandang sebelah mata pun belum tentu kamu mahu lihat...

kamu lah insan itu..kamu lah insan yang terakhir dalam percubaan itu sehingga akhirnya aku berdoa untuk berhenti mencari dan berputus asa..sehinggakan namamu hadir dalam istikharah cintaku..rasanya sudah bermimpi yang kamu milik orang lain..tapi terlalu sukar untuk aku melupakan kamu...kenapa ya?apa ada pada kamu? tidak pernah nampak kamu ke situ...pernah nampak kamu melakukan sesuatu...kenapa jua kamu ada dalam setiap benak fikiranku...rasanya kamu bukanlah insan yang aku dambakan...kenapa berterusan aku mencari kamu biarpun tiada pelangi selepas hujan?

~ Semoga ia lenyap ditelan masa...dan aku akan terus berhenti dari mencari pelangi selepas hujan ~

Sunday, November 6, 2011

Gud Day!!

31/10/2011 - Hari Convo degree aku...
Alhamdulilah...berjaya jugak abiskan degree..mcm tak caya je..akhirnya aku berjaya memegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat..walaupun pada mulanya aku mcm nak tak nak je amik kos ni...akhirnya berjaya jugak tanam rase cinta terhadap proffesion ni...tak sume orang tahu ape keje librarian sebenar..tapi kalo mengikut luar negara.. librarian adalah salah satu proffession yang sangat dhormati...

Ok.stop!!..bukan nak cte pasal kerjaya pustakawan...kembali ke cerita asal...kalo dulu jubah diploma tiada apa-apa dijubah..hanya sekadar jubah kosong yang ade kerawang emas..tp jubah untuk ijazah berbeza..ade ekor dibelakang dengan lingkaran warna ditepinya menunjukkan fakulti dan 1 garisan warna emas di lengan jubah menunjukkan ijazah sarjana muda...mahu tak bangga nak pakai..siap bawak tdo ok!! sekali seumur hidup je pakai ok!

Kali ni aku sidang pagi..awal pagi dah sampai...punya la ramai umat...maklumlah 2 fakulti la kate...sehari yang konvo 1800 orang..ramai sangat..jenuh gak la nak tunggu..tapi nasib baik la aku punya nama n pointer buat aku dapat cepat...opps!! tapi aku bukanlah pemegang kelas pertama bersama anugerah naib chanselor...cukuplah sekadar kelas kedua tertinggi tu je yang termampu buat sehabis baik..tu pun dah syukur sangat..alhamdulilah...pada aku bukan pointer sahaja yang menjadi ukuran oleh majikan..tapi sikap,keperibadian,cara komunikasi,penampilan dan aktiviti luar juga main peranan...ingat tu kawan2...

moh la tgk gambo..baru korang rase bersemangat ~

my lovely family..abg aku yang sulung bersama keluarga tak dapat datang..

my bestest friend..thanx dear wat suprise datang...luv u!!

ni sume classmate aku..tp ade jugak yang takde..tgk la hepinya kteorg!!

Wednesday, September 14, 2011

TIPS FOR INTERVIEW...


~ aku bukan lah insan yang hebat untuk memberi tips..juga bukan seorang yang terlalu bagus untuk menasihati..tapi tidak salah rasenya untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang lain agar kalian sume berjaya..amin..


Persediaan sebelum...

1-Banyakkan berdoa dan solat hajat
2- Mencari seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai company tersebut..
* Jangan malu untuk bertanya kepada orang-orang yang berpengalaman,tanya je sesiapa yang dah bekerjaya dan dpatkan tips. (kredit to : staf PTDI + my family + kwn2)
3 - Mencari seberapa banyak maklumat mengenai isu semasa,isu terdahulu, isu dunia, daripada bahan bacaan yang ilmiah sehingga lah yang light reading pun kene baca jugak.
4- Menyediakan sebanyak mungkin skema soalan dan jawapan yang selalu ditanya
5- Cara penyusunan sijil dalam fail clear holder hendaklah disusun mengikut yang terkini dan terhebat kemudian diikuti dengan yang lame-lame..tapi kelulusan terkini n lame letak di hadapan..
6- Pemakaian hendaklah kemas,memakai kasut yang berseuaian dan memakai baju yang paling selesa dipakai * jangan pakai baju yang baru dibeli tapi pakai baju yang selalu dipakai dan selesa dipakai..
7- Pergi ke lokasi interview sehari sebelum interview dan tengok persekitarannya.

Persediaan semasa NAK PEGI...

1-Revised balik soalan-soalan skema yang telah disediakan
2- Pastikan semua dokumen (sijil + resume + gambar extra + lain-lain yang berkaitan) ada pada anda.
3 - Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskn perlahan-lahan
4 - Jangan terlalu nervous..coolkan diri..redhakan apa yang berlaku..
5- Banyakkan baca "Rabbi yassir walatuasir" (semoga tuhan permudahkan segalanya)

Persediaan sewaktu...

1- Masuk dengan GREETING, muka SENYUM dan sentiasa tersenyum dengan apa jua keadaan.
2-Posisi duduk hendaklah tegak dan rilex tetapi tidak bersandar
3- sewaktu menjawab soalan,gerakan tangan + menjawab dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH...walaupun anda tidak tahu apa nak dijawab,berusaha untuk jawab dengan mempromote diri + tunjukkan anda mempunyai satu misi dan sangat PASSIONATE dengan kerja tersebut
4- Jawab sepositif mungkin walaupun interviewer cuba nak downkan anda.
5- Kalau interviewer tanya ade ape-ape soalan..tanya je yang pasti jangan mengarut.
6- Don't forget to say THANK YOU

Persediaan selepas...

1- Banyakkan berdoa
2- Sentiasa bersedia dengan telefon & check email * email hendaklah yang official dengan menggunakan nama account atas nama sendiri, guna SELAIN yahoo + hotmail
3 - Seandainya anda dapat, tapi perlukan masa untuk menangguhkan mintak izin dengan cara yang baik.
4 - Persediaan untuk ke tempat kerja, cari ape tugasan yang akan diberikan.
5-Seandainya kurang bernasib baik..jadikan sebagai satu pengajaran,redha dan teruskan usaha..mungkin disitu terletaknya rezeki anda.

p/s : Tips ini adalah dari pengalaman interview yang pertama.Alhamdulilah segalanya dipermudahkan dengan sekali interview. * Biar apa pun interview dan kerja yang ditawarkan,jangan terlalu MEMILIH...bagi rakan-rakan yang baru grad... bina tapak dalam industry biarpun ia bermula dengan gaji yang kecil dan bukan mengikut kelayakan sebenar...tapi ambil pengalaman sebanyak mungkin,pelajari dari bawah lebih baik agar anda menghargai orang bawahan apabila anda berada di pangkat yang tinggi. Sentiasa rapatkan diri pada tuhan kerana DIA maha tahu ape yang terbaik untuk anda.

 ~ SEMOGA BERJAYA!!

Saturday, September 3, 2011

Impianku...

Lagi 12 hari je nak genap umur 23 tahun...cepatnya masa berlalu..masih lagi teringat impian aku sewaktu umor 15 tahun..impian aku umur 23 ni : -
           1) Belajar   : done
           2) Kerja        : done
           3) Kereta  : done
           4) ROI            : done
           5) Kahwin  : ?
Alhamdulilah..sume dah terlaksana..yg ke 5 tu je belum..tak semudah yang disangka..tapi.. batang hidung calon pun tak nampak lagi.. mcm mane nk langkah seterusnya..huhu..sedihnya..Memang la jodoh tu ditangan tuhan..tapi kte mencari...bile dah cari tak de yang sudi pulak..Memang la orang kate usia muda lagi untuk melangkah ke alam perkahwinan....tapi..kita tak akan tahu apa yang akan berlaku lepas ni, bukan tergesa2 dan bukan tertangguh2...tapi demi masa depan..bila tengok parent susah hati anak die belum kawin lagi secara automatik hati pun sedih sebab diorang risau... bile tengok parent gembira melayan cucu.... teringin nak mereka gembira..tapi apakan daya..walau perigi mencari timba sekali pun andai belum mendapat keizinanNYA... kesabaranlah yang perlu ada dalam diri.... bukan desperate, bukan sambil lewa, bukannya bermaksud dah cukup ilmu rumahtangga, bukannya diri terlalu sempurna...tapi memang excited pun...cepat la muncul wahai jodohku..jgn biarkan aku terus menantimu...hehe

Tuesday, August 2, 2011

TERHARU...

Hari itu, aku dah dpt my first salary, biarpun sedikit sbb aku lapor diri pun awal bulan tapi sudah cukup menggembirakan hati...niat dihati nak blanje family ku baju raya tp apakan daya tak mampu nk bayar semua..half je..hehe..

Erm..kembali pada crita terharu..before aku nak balik ke semenyih smalam...mcm org slalu yg dah kerja akan bagi duit pada parent mereka..mcm tu lah aku, tanpa disedari ade air yang bergenang dimata mereka...  aku pun jadi sebak & terkejut sbb tiba2 je..barulah aku sedar mereka sangat terharu akhirnya aku mampu berjaya...tapi dalam hati kecil ku masih berdetik..jasa mereka lebih besar dan tak mampu untuk aku bayar, walau sebanyak mane sekali pun aku tetap takkan mampu balas jasa mereka yang telah susah payah besarkan,didik aku yang nakal ni...

Pesanan aku untuk korang..selagi mereka ada..balas lah jasa mereka..kamu tetap takkan mampu balas tapi buatlah mereka senang hati dan bangga mempunyai anak seperti kamu...

Sunday, July 24, 2011

Work at graduation day..

Belum pun seminggu bekerja, aku dah dapat task untuk tlg graduation day kat PICC(Putrajaya International Convention Centre).. Disebabkan aku x reti nak drive ke Putrajaya so aku tumpang kenderaan university.. aku ditugaskan di kaunter student registration bersama ngan staf2 dari bahagian lain...mmg menarik sbb ramai org luar negara, mcm2 ragam..kelakar aku dibuatnya..ape2 pun..best la, and buat aku tak sabar nak convo...

bertugas dengan memakai jubah...


sibuk2 beli flower kat ctu time die tgh diskaun