Save the date

Daisypath Wedding tickers

Monday, July 18, 2011

My first job...

Today...aku melaporkan diri di University of Nottingham campus Malaysia..tak pernah sedikit pun terlintas di fikiran yang aku akan bekerja disitu...alhamdulilah..rezeki tuhan, jangan memilih..peluang cume datang sekali.. baru jumaat lepas aku habis praktikal di UiTM Segamat, tak sempat rehat langsung terus memulakan tugas yang sepatutnya dimulakan pada 1 Julai 2011 yang lepas..nasib baik la diorg ni sanggup tunggu aku abis praktikal... so far sekarang ni tengah training 2 minggu kat semua department..staff pun ok..tinggal nak cari umah sewa..

Kene slalu speaking membuatkan english aku yang berterabur ni perlu diperbaiki..haha..tapi tengah susah hati sebab laporan praktikal tak siap lagi dan perlu hantar before  5 Ogos 2011.

Monday, May 16, 2011

My First Day Practical..

Hari ni bermulanya latihan industri untuk kami student IM220.. tempat yang aku dapat adalah di Perpustakaan UiTM Johor bersama eqyn & nafi & 3 orang lagi student part 5.. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan semua staff sangat baik dan kelakar menjadikan kami tidak lagi stress untuk berada di alam pekerjaan sebaliknya telah membuatkan aku bersemangat untuk menjadi seorang Pustakawan..siapa kata kerja di perpustakaan hanya menyusun buku,mari ikut aku untuk mengetahui apa kerja yang patut buat di perpustakaan.. Hari pertama lagi kerja yang disediakan sudah membuatkan masa yang berlalu begitu pantas, selepas diperkenalkan kepada semua staff dan mendapat taklimat daripada timb.ketua pustakawan kami pun memulakan tugas. Pada mulanya agak kecewa bile dapat tau tidak ada meja khas untuk kami tapi bila berfikir semula, latihan praktikal cume diberikan dalam tmpoh 8 minggu sahaja sedangkan department yang harus dibuat ada 10.. agak risau disitu kerana takut tidak mendapat banyak ilmu disebabkan tempoh praktikal sangat terhad tetapi aku akan berusaha supaya macam-macam yang akan dapat ku pelajari nanti.. ape pun ini baru hari pertama, ada 60 hari lagi untuk melihat dan merasai ragam kerja yang banyak kerenah.semoga aku terus bersemangat dan menyayangi kerja yang dibuat..really love the librarian profession

Sunday, May 15, 2011

HadiAh uNtuK seMua yaNg banYak MemBantU

Semalam rezeki aku baik dapat terima satu anugerah, rasa seperti tidak layak sahaja untuk terima anugerah itu, aku..bukanlah hebat orangnya, bukanlah pemegang anugerah kedoktoran,bukanlah pemegang anugerah dekan, bukanlah pemegang anugerah naib chanselor, bukanlah seorang yang pernah menjawat jawatan besar tapi entah kenapa aku masih layak untuk menerima anugerah tersebut..alhamdulilah..itu semua berkat usaha aku & orang-orang sekeliling yang banyak membantu dari kecik sehingga dewasa..Anugerah yang diterima memang la dari "dulu kini slamanya" tapi kalau orang dah bagi knapa kte nak tolakkan..seaakan-akan menjatuhkan maruah diri, bukan diri mahu terlibat politik, tapi menjalankan kewajipan terhadap negara...aku adalah rakyat Malaysia yang hanya mampu menyumbang undi untuk negara setakat ini belum pun berkemampuan untuk menjadi jaguh dunia membawa nama MALAYSIA ke serata dunia...semoga dengan pengiktirafan yang diberi membuatkan aku lebih bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat...kepada

Kalian semua...walaupun kamu berasa rendah diri, kalaupun kamu tidak sehebat mana, walaupun kamu hanyalah insan biasa yang sentiasa BERUSAHA..percayalah berusaha & trus berusaha demi mencapai cita-cita, jangan mudah berputus asa, biarlah kamu sekalian lmbat asalkan trus berusaha tanpa henti sudah pasti kejayaan pasti kamu burui...

Kalian semua...walaupun kamu berasa bangga dengan jawatan yang ada..kalaupun kamu sehebat mana, walaupun kamu pemegang semua anugerah,tapi ingatlah tidak selamanya kita berjaya, jangan lupa pada diri, jangan lupa pada asal-usul & yang penting jangan lupa pada IBU BAPA & mereka yang banyak membantu... tanpa meraka siapalah kita, tanpa mereka impian takkan  menjadi nyata...sedarlah kamu...

Dikesempatan ini, ingin skali ku katakan anugerah yang diterima adalah untuk kalian semua yang banyak membantu..terima kasih yang tidak terhingga, hanya tuhan yang mampu membalasnya..


me with my mom

 Sinar Harian isnin(16/5/2011) page j18





   



Thursday, May 12, 2011

FiniShing SchooL

Baru je lepas pergi shah alam sabtu lalu, ni dah kene pergi semula untuk program finishing school...dan dengan berakhirnya program ni maka berakhir lah kehidupan aku disana..bila fikir-fikir semula, sedih pulak rasanya meninggalkan zaman belajar 5 tahun di Universiti benar-benar buat aku jadi matang, buat aku kenal dengan ragam dan kerenah kawan-kawan sebaya,senior & junior...Tak sanggup rasanya untuk melepaskan zaman belajar sebab kadang-kadang satu ari tu ada satu je kelas,kalau kerja nanti boleh macam tu ke?berehat-rehat, mkn tengahari pukul 10pg mesti dah jauh berbeza...apa pun yang berlaku trima la hakikat yang aku dah dewasa...(too sad)..kembali kepada tajuk entry aku, Finishing school ni ape? untuk korang yang bukan UiTM mesti tak tau kan, mula-mula aku pun takut jugak sebab time kteorang ni la die buat dekat luar,ade sungai dengan struktur jln yang berbukit bukau sudah terbayang mesti ada aktiviti lasak yang akan dijalankan...oh...tidak sama sekali..Program ni bertujuan untuk mengajar kami semua cara membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan, seperti buat resume, cara pemakaian untuk interview, mock interview, tentang kerjaya dan mcm-macam lagi...mungkin kali ni modul rasa lebih seronok sebab dibuat di luar dengan persekitaran yang menarik..baru lah rasa 2 hari 1 malam itu tidak mencukupi sebab ketenangan kat ctu memang lah mendamaikan dengan bunyi kicauan burung, air sungai yang mengalir, kesejukan diatas bukit & pohon-pohon menghijau...apa yang pasti program seperti ini memang bagus untuk pelajar semester akhir membuat persediaan..teringat kata-kata dari Dr.Azman (Timb.Dekan)

" Ingatlah sekarang ini kamu senior dalam fakulti tapi tidak lama lagi kamu adalah junior dalam industri"

Ayat yang meresap jauh ke dalam tubuh menjadikan lahir rasa ketakutan untuk tiba pada saat itu tapi apa pun yang berlaku kte harus tempuhi juga..Semoga dengan ilmu yang telah mereka curahkan dapatlah kite berbakti semula kepada masyarakat...amin..


Thursday, May 5, 2011

BuKu MotiVasI

Korang minat tak membaca?sure la ramai yang jawab tak minat kan..entah kenapa sejak akhir-akhir ni, tersangat la minat membaca buku-buku motivasi sampaikan sanggup tak buat ape-ape samata-mata nak baca buku-buku tu..dah penuh koleksi buku mungkin akan buat perpustakaan mini dirumah..hehe..tnggu ade rumah sendiri nanti aku wat..best sebenarnya baca buku-buku motivasi ni, bukan je dapat tambah pengetahuan tapi boleh beri motivasi pada kite, penuhi masa terluang tentu lah sehinggakan terpaksa cari masa terluang untuk membaca..sampaikan naik gian pulak nak beli & baca...korang bacalah nak-nak time tengah sedih ke boring ke atau tengah patah semangat..walaupun buku -buku tu belum tentu dapat pulihkan semangat sepenuhnya, tapi at least boleh membantu kite dan mentedarkan kita apa yang patut kite buat...so ~ JADIKAN AMALAN MEMBACA BUDAYA KITA ~

Sunday, April 17, 2011

Putrajaya - KLCC

Ari ni aku keluar ngan sesorang untuk dapatkan jawapan yang pasti,so aku dah plan untuk g putrajaya lepak2 kat rumput2 ctu then borak2, dengan menyewa kete viva dan berbekalkan nasi goreng seafood...g Putrajaya utk lepak2 n makan2 je..pastu tibe orang tu cakap x pernah pergi KLCC..aku on je..so plan telah berubah dari Putrajaya ke KLCC..sesampai je kat KLCC,asalnya nak pergi Petrosains tapi sudah berubah arah menuju ke Aquaria & Pc fair..kat Aquaria tu seronok sbb ikan2 tu memang besar2..tp bile kat pc fair tu jenuh sebab kte kene masuk semua then baru blh keluar..sabo je le...pastu trus pulang sbb malas nak merayap mane2 lagi dah penat..tu pun dah pukul 9...dan akhirnya ku dapat jawapan yang pasti dari org tu bahawa die sudah bertunang... tuhan je yang taw perasaan aku,ape pun aku kene bersabar kalaulah die btaw awl2 aku x kuar ngan die..huhuhu..Putrajaya - KLCC bukanlah kenangan manis tapi telah memberi aku kenangan yang sanat pahit..hanya DIA yang tahu betapa terlukanya hati ni..~ Moga tuhan berikan aku insan yang terbaik n syg aku selamnya & seadanya ~

p/s utk dia : Semoga berbahagia dengan sidia..slamat pengantin baru...ku undur diri..:(





Saturday, April 2, 2011

SinGaPorE

Kelmarin aku and my class pergi Singapura untuk buat lawatan ke perpustakaan Nanyang Tecnology University (NTU) & National Universiti of Singapore..selewat jam 6.30ptg baru dapat bertolak ke Johor Bahru menaiki bas 2 tingkat yang disediakan oleh UiTM...waktu tu xde la excited sangat..biase2 je..Sampai JB kteorg tido kat guest house,pastu pagi2 dalam kul 7.30 dah gerak masuk 2nd linklalu Woodlands, then masuk ke laluan keluar dari malaysia & masuk ke laluan masuk Singapore yang sangat la ramai orang..dah la ramai sume orang bergegas2 pulak tu..serabut aku tengok..then trus ke library sebab janji kul 10pg..library NTU sangat lah mengagumkan..dengan teknologi yang sangat canggih,memang teruja la kalo kerja ke balaja kat sane..memang ari2 duk lepak sane..library yang dipenuhi dengan pelbagai teknologi,drpd LCD yg touchscreen utk baca paper sampai la ke pintu keluar yang menggunakan sentuhan kad..pastu kteorg g merayap untuk amik gambar2 je..disebabkan kteorg pakai baju yang same so sume orang suke tengok..bangga gitu ~ hahaha...ptg g NUS pulak, library yang sangat dipenuhi student, sangat selesa sebab diorg ade bilik khas utk makan2 n baring dlm library..kalo la blh implement kat malaysia mesti korang suka kan..pastu g la amik gmbo kat luar Universal Studio, x masuk sbb x mampu..hehe..mlm tu kteorg pulang ke jb smula..lawatan ke jiran sebelah yang mengagumkan...tapi walau macam mane hujan emas dinegara orang skalipun hujan batu dinegara sendiri tetap lah aku suke..love u Malaysia...